Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

17 August 2012

Lima Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun

Lima Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun

Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang. Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona. Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, “Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu,” terang Kamdani, “Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orang tuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orang tua mangsa.”

“Dari hasil pemeriksaan” sambungnya, “memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu.

31 October 2011

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar 

Isnin Oktober 31, 2011 

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri. Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah. "Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi. Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu. Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi. Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu. "Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui. Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya. Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini. Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. "Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya. Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletakkunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA