Showing posts with label Rahsia Cinta. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Cinta. Show all posts

26 January 2009

Rahsia Diri Melalui Darah

Rahsia Diri Melalui Darah

SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati. Bak kata org tu, segala-galanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yang tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yang tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu kepada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu.

SI DIA BERDARAH “B”.
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman-teman hingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang. Walau bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri Jhati biarpun terhadap anak sendiri.

SI DIA BERDARAH “O”.
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kepada seorg yang pemalas!!


SI DIA BERDARAH “AB”.
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yang suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri.

ANDA BERDARAH “A”.
Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.

ANDA BERDARAH “B”.
Kamu seorg yang trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorg ibu dan isteri yang baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun kerana kamu sangat mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang boros. Awas!!!.

ANDA BERDARAH “O”.
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu. Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu, kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat! Itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?

ANDA BERDARAH “AB”.
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu pergunakannya untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baru. Kamu tidak suka menjadi ibu-ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.

_________________________________
Rahsia Diri Melalui Darah Rahsia Diri Melalui Darah Rahsia Diri Melalui Darah Rahsia Diri Melalui Darah Rahsia Diri Melalui Darah

24 January 2009

Rahsia Cinta Rahsia Cinta

Rahsia Cinta

Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang. Kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
_________________________________
Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta Rahsia Cinta

19 January 2009

10 Rahsia Kunci Hati Kekasih

10 Rahsia Kunci Hati Si Dia

Khas untuk golongan lelaki yang sering kebuntuan bagaimana mahu memenangi Hati Gadis yang dicintai.Jom kita kongsi Bersama apakah tindakan yang harus diambil oleh Kaum Lelaki bagi Memikat dan Menawan Hati Gadis yang Dipuja.

Rahsia 1-KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI.
Kebanyakan gadis memang suka berterus terang.Dari memendam perasaan,baik Si dia berkata apa yang terbuku di hati.Si dia sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walau pun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar.Jadi,apabila Teman wanita kamu mahu berkata sesuatu,dengarlah penuh teliti dan renunglah matanya.Pasti Dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas pa yang dikatakannya itu.

Rahsia 2-MENGAMBIL BERAT TENTANG SI DIA.
Sebagai seorng lelaki,ad masanya kamu perlu menyakinkan Si dia yang kamu ambil berat terhadapnya.Kata2 juga memainkan peranan penting.Jika kamu berterus terang,haruslah sejujur dan seikhlasnya.Bukan setakat mengambil berat tentang kesaihatan saja,malah kamu juga harus peka dengan Perasaan dan emosinya.

Rahsia 3-HARGAILAH PERASAAN SI DIA.
Bagi seorang gadis,perasaan sangat penting bagi dirinya.Jadi tidak hairanlah sekiranya Si dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jangan sesekali kata yang Si dia selalu sangat mengikut perasaan tanpa berfikir.Ia akan membuatkn Si dia terluka oleh sikap kamu itu.Sebaliknya kamu harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak.Si dia akan berasa terharu kerana kamu dapat menerima perasan yang dialaminya.

Rahsia 4-SI DIA INGIN DIHORMATI.
Siapa kata Gadis yang lemah lembut tidak wajar dihormati??? Kamu juga harus menghormati dirinya sebagaimana kamu mahu dihormati.Bagaimana mahu menghormati Si dia?Kamu seharusnya mengakui kebolehan,kehebatan,dan keistimewaan yang terdapat dalam diri Si dia. Kamu tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan,memandang rendah terhadap Si dia.Sebaliknya,kamu memberi sokongn terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.

Rahsia 5-SUKA DIBELAI DAN DIMANJA.
Sudah sikap semulajadi seorang gadis yang suka dimanja dan di belai.Jadi tidak salah seandainya kamu manjakn Si dia,tanda Sayang dan Cinta kamu terhadapnya.Kamu juga boleh melalukan kejutan seperti menghantar SMS mangatakankamu amt Mencintainya,membelikan Bunga,hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila2 masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya di saat berjalan seiringan dengannya.Ops!Jangan sampai terjadi perkara2 yang diluar batasan sudahlah.

Rahsia 6-PUJI-PUJIAN.
Kebanyakan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik.Jika penampilan Si dia menarik,lemparkan kata2 pujian agar Si dia terasa dihargai.Tapi,jangan sesekali kamu memberikan kritikan yang boleh mengguris perasaannya.

Rahsia 7-UCAPKANLAH CINTA.
Jika kamu gementar untuk mengucapkan kalimah Cinta secara lisan,mungkin kamu boleh menggunakan cara lain.Misalnya,luahkan perasaan kamu melalui puisi ataupun lagu yang mengandungi kata2 indah penuh bermakna.Andai kamu benar-benar mencintainya,kamu seharusnya tisak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti ia amat menghargainya.Yakinkan diri kamu untuk berani berhadapan dengannya,meluahkan rasa Cinta kamu yang utuh dengan sejujurnya.

Rahsia 8-TIDAK MERIMASKAN.
Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang Kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri.Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu.Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri.Jika kamu ingin mengetahui Si dia rimas sendan sikap kamu atau yidak,perhatikan gerak gerinya.

Rahsia 9-FAHAMI EMOSI SI DIA.
Perempuan memang kaya dengan emosi.Oleh sebab itu,kamu mesti memahami emosinya.Kaum perempuan juga mudah mengalirkan air mata,tanda sedih atau gembira.Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya kerana perkera kecil dan remeh temeh.

Rahsia 10-RASA SELAMAT.
Sebagai lelaki,kamu dianggap pelindung dan hero pada Si dia.maka,kamu harus bersikap begitu terutamanya apabila Si dia amat memerlukan kamu.dia akan rasa lebih selamat andai kamu berada di sisinyaterutamanya di saat gentir.Tetapi,pastikan kamu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap kamu.Kamu Perlukan bersikap lebih bertanggungjawab agar Si dia mempercayai dan menghargai kamu sebagai perlindungnya.

_________________________________
petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri petua cinta sejati rahsia cinta hubungan sesama manusia hubungan suami isteri cinta sesama manusia cinta lelaki cinta wanita cinta perempuan tips cinta panduan cinta cerita cinta eratkan hubungan kekasih bekas kekasih cinta pertama suami isteri petua suami petua isteri tips isteri tips wanita rahsia lelaki rahsia wanita rahsia isteri rahsia suami mulut suami mulut isteri