Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

26 September 2008

Anjing Lahirkan Bayi Manusia - Bayi Manusia Kacukan Anjing

Gambar-Gambar Bayi Manusia yang dilahirkan oleh anjing akan terpapar pada saat ke 16 dalam video ini. Bayi tersebut kelihatan seperti manusia tetapi tangannya dan kakinya pendek sahaja. Memiliki ekor dan wajah yang kelihatan seperti manusia dan anjing.

Namun komen seorang pengunjung membongkarkan sesuatu:

"It's called a water puppy.... doesn't make it through the deliver.. it dies in utero. It just keeps getting bigger and collects water giving it that grey look. It's not a miracle it happened to my dog. But she didn't make it through the delivery."

IKLAN HARI RAYA PETRONAS 2008

23 September 2008

Aksi Berbahaya: Penunggang Motosikal Menghantar SMS Tanpa Memegang Handle Motosikal

Sungguh berbahaya. Penunggang motosikal ini menghabiskan masa bermain SMS di atas motosikalnya yang sedang bergerak laju di jalan raya yang sibuk. Sambil bersandar di tempat duduk motosikalnya, dia tanpa segan silu menelefon seseorang tanpa menghiraukan aksinya dirakamkan oleh orang lain.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

13 September 2008

Video Kemalangan - Peringatan Sempena Perayaan

Video ini memaparkan babak-babak kemalangan di sekitar persimpangan lampu isyarat di sebuah negara bernama Rusia. Jangan tergesa-gesa. Jangan gopoh. Jangan gelojoh. Hargailah nyawa yang tersayang.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

11 September 2008

Video Pontianak Iklan Proton

Pandu Cermat Jiwa Selamat - Video Pontianak Kereta Proton

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

10 September 2008

Singa Lawan Babi Hutan - Babi Hutan Menang

Tidak Mustahil Yang Kecil Boleh Menewaskan Yang Besar

Dalam dunia ini, usaha dan keberanian diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika seseorang itu berani mencuba, maka dapatlah dia peluang-peluang untuk masa depannya. Babi hutan ini tidak mengalah, malah terus melawan singa tersebut. Hasilnya babi hutan ini berjaya meneruskan hidupnya lagi. Jika babi hutan ini tidak berusaha untuk terus melawan, pasti dia sudah kalah dan menjadi makanan singa liar itu.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Perang Zirafah - Gergasi Berlaga

Video Zirafah Berlaga

Kedua-dua ekor zirafah ini berlaga, tetapi tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya. Hal ini sama seperti apabila dua pemimpin besar bertelagah, tidak ada siapa yang berdaya menghentikannya. Betulkah?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

09 September 2008

Nenek Dilanggar Kereta Dengan Sengaja

Ketika manusia leka, akan ada pihak yang mengambil kesempatan. Video ini memaparkan seorang pembunuh kejam melanggar seorang nenek tua dengan sengaja. Seorang wanita yang sedang membawa barang kebetulan lalu pada arah bertentangan dengan nenek tua itu berasa terkejut apabila nenek tua itu terpelanting betul-betul di hadapannya. Misterinya, video ini dikategorikan sebagai komedi oleh pihak yang meletakkannya di bahagian YouTube. Adakah video ini satu komedi? Adakah keganasan dan pembunuhan kejam itu satu bentuk komedi? Adakah nenek tua yang dilanggar kereta terbabit semata-mata kerana berjalan terkedek-kedek di jalan raya itu dianggap komedi? Anda sendiri yang menilainya.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

08 September 2008

Video Hukuman Bagi Perogol - Kemaluan Dipotong! - Ini Bukan Cara Hukuman Islam

Dikatakan bahawa video yang terpapar ini merupakan salah satu babak dalam sebuah filem atau drama di negara terbabit. Hal ini tidak dapat dipastikan. Perogol ini telah ditangkap dan dipotong kemaluannya. Diminta sesiapa yang takut melihat aksi yang terlalu ganas supaya tidak melihat video ini. Hukuman yang dijatuhkan oleh orang ramai ini walau bagaimana pun bukan mengikut peraturan mana-mana agama. Harap tidak ada yang mengaitkan hukuman ini dengan mana-mana jenis hukuman kerana hukuman yang dibuat ini adalah dibuat oleh masyarakat terbabit. Kemungkinan ada kaitan dengan faktor budaya dalam sesuatu kampung.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

06 September 2008

Kecoh! Rakaman Video Hantu Berjaya Diambil!

Amaran: Pesakit Jantung dan Ibu Mengandung Dilarang Lihat Video Ini.
Kedegilan Anda Tanggungjawab Anda Sendiri.

Video ini merakamkan imej hantu secara tidak sengaja. Perhatikan betul-betul kerana hantu ini amat sukar dilihat, kerana partikel tenaga hantu sangat halus. Sifat-sifat hantu yang akan anda lihat ini pasti membuatkan anda tidak tidur lena.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

05 September 2008

Video Detik-Detik Terakhir Seorang Wartawan Sebelum Ditembak Mati

Brad Will, Wartawan bagi New York Documentary Filmmaker dan Indymedia Reporter, ditembak mati oleh penyokong kerajaan di Oaxaca, Mexico semasa membuat liputan.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

02 September 2008

Berita Hangat: Gambar Video BigFoot

Patterson Bigfoot

Gambar seekor bigfoot yang paling popular berjaya diambil berdasarkan sebuah filem pendek pada tahun 1967. Filem yang dirakamkan di Bluff Creek, California ini menunjukkan dengan jelas seekor makhluk besar, kelihata seperti manusia sedang berkeliaran. Filem ini menjadi isu dan berita yang hangat diperkatakan di kalangan umum dan pengkaji Bigfoot.

01 September 2008

Cara Membuat Ais Panas - Tanpa Penyejukan

Biasanya kita membuat ais dengan menggunakan proses penyejukan atau menggunakan peti ais. Tetapi video di atas menunjukkan cara yang bertentangan, iaitu menggunakan air mendidih. Percayakah anda, ais boleh disediakan dengan cara pemanasan?

Pengering tangan mengandungi sodium acetate. Video YouTube di atas menunjukkan cara bagaimana ais panas dibuat contain sodium acetate - here's how to make your own "hot ice" and bit about how it works

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

30 August 2008

Happy Merdeka Avril Lavigne Konsert Damn Thing Tour - Kuala Lumpur, Malaysia

Liputan Berita dan Video:
Kontroversi Konsert Avril Lavigne
Stadium Merdeka, 29 Ogos 2008

KUALA LUMPUR, MALAYSIA 29 OGOS 2008: Walaupun terdapat bantahan, penyanyi kontroversi Avril Lavigne dengan konsertnya Avril Lavigne's Best Damn Tour berjaya dilangsungkan di Stadium Merdeka, malam tadi. Lebih daripada 6,000 orang peminat Avri Lavigne menyambut ketibaannya. Ini adalah kali pertama Avril Lavigne melawat Malaysia.

Nama Avril Lavigne mula menjulang naik sekitar tahun 2002 dengan album pertamanya, Let Go. Kemudian Avril Lavigne maju setapak demi setapak dengan dua album seterusnya iaitu My Skin pada tahun 2004 dan The Best Damn Thing pada tahun 2008. Jualan album Avril Lavigne di seluruh dunia adalah sekitar 30 juta unit.

Video: Konsert Avril Lavigne - Girlfriend

Berpakaian serba hitam, penyanyi rock Avril Lavigne didapati mematuhi kod pemakaian seorang artis. Avril Lavigne telah berkahwin dengan penyanyi kumpulan rock Sum 41, Deryck Wibley. Di pentas, Avril memulakan konsertnya dengan lagu Girlfriend.

Penyanyi berusia 23 tahun ini menunjukkan persembahan yang cukup baik dengan permainan gimik dan bermain peralatan muziknya yang berwarna merah jambu, termasuk gitar, piano dan dram.

Persembahan selama 75 minit ini ditamatkan dengan lagu Sk8er Boi, salah satu lagu hit terawalnya.

Avril Lavigne - When You're Gone Live
dari Kuala Lumpur, Malaysia

Secara keseluruhannya, Avril Lavigne mendendangkan 17 buah lagu termasuk Complicated, My Happy Ending, Runaway, Losing My Grip, I Don't Have to Try dan I'm With You.

Semantara itu seramai 50 orang pembantah daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bersama Pemuda PAS Pusat telah mengadakan bantahan Konsert Avril Lavigne di hadapan Stadium Merdeka.

Semua peserta dan petugas-petugas unit Amal Pemuda telah merancang untuk berkumpul di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka pada pukul 7.00 petang. Solat Maghrib dan solat hajat akan diadakan secara berjemaah di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka.

Bantahan ini dibuat kerana Konsert Avril Lavigne's Damn Thing Tour itu didapati tidak sesuai dengam sambutan Hari Kemerdekaan yang juga sangat hampir dengan sambutan bulan Ramadhan.

Sebelum itu, pertubuhan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) telah menganjurkan perarakan aman dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka sekitar jam 2 petang.

Konsert Avril Lavigne telah menjadi berita hangat di kalangan pihak media kerana pihak promosi Galaxy Group gagal mendapatkan permit sebelum mengadakan jualan tiket dan publisiti. Konsert tersebut walau bagaimana pun berjaya mendapat permit seminggu sebelum konsert tersebut dilangsungkan selepas beberapa pertemuan dan perundingan dibuat antara pihak promosi dengan pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

29 August 2008

YouTube: Sebab Kita Mesti Belajar Pelbagai Bahasa Asing

VIDEO MEMAHAMI SEBUTAN PENYANYI
DARI SUDUT BAHASA ASING:
LAGU TAMIL - BILA LIRIK TAMIL MACAM LIRIK MELAYU
Marilah Mengenai Bahasa Kaum-kaum Di Negara Kita

Siapa punya kerja ni? Kreatif melampau, tapi kelakar juga video ni. Inilah akibatnya apabila orang Melayu tidak faham bahasa Tamil, sampai lirik lagu pun ditulis dalam Bahasa Melayu tanpa menterjemahkan terlebih dahulu.

Kelakar pula jadinya. Lirik lagu bahasa Tamil dianggap bahasa Melayu. Sesiapa yang tengok jaga-jaga, sebab anda mungkin tergelak-gelak baca lirik 'subtitle'nya nanti. Budak-budak zaman sekarang.

Tapi perasaan kelakar itu mungkin akan bertukar menjadi risau, bimbang dan tidak sedap hati apabila anda menyaksikan video-video di bawah ini seterusnya.

Video Klip: Maggi Tom Yam

Video Klip: Geli Mat

Babak Sedih daripada "The Legend of Condor Hero"
Edisi Bahasa Kelantan

Video Klip: Kiroro Mirae

Daya kreativiti oleh insan yang menggelar dirinya sebagai MBB (Marilah Berbaik-baik) ini diprotes oleh beberapa orang tertentu. Maka MBB pun tampil memberikan penerangan dan hujah-hujahnya. Berikut adalah hujah pencipta 'lirik baru' bagi setiap lagu-lagu yang ditulis 'lirik' barunya. Hujah-hujah beliau (MBB atau Mari Berbaik-baik) adalah seperti di bawah (yang telah ditulis semula mengikut struktur ejaan Bahasa Melayu yang boleh difahami semua pihak):

Hujah MBB:

Video ini bukannya menghin atau merendahkan atau memperlekehkan idola anda, tetapi ia hanyalah:

Tafsiran berdasarkan bunyi atau suara yang dikeluarkan oleh mereka dari sudut pandangan atau perseptif daripada MBB ke dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu+Bahasa Inggeris+Bahasa Pasar). Jadi, mengikut definisi itu, entah tak tahulah macam mana nak cakap, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.

Yang kita gelakkan bukannya 'orang yang menyanyi" tetapi 'apa yang dinyanyikan + subtitle'. Kalau geli mat tu lainlah sebab penyanyi dia ada buat pergerakan yang kelakar, jadi itu dikira terkecualilah.

Kalau ada orang kata perbuatan ini menghina bahasa dia orang, cuba bayangkan begini:

Katalah anda suka "sudu". Secara umumnya, fungsi sudu ialah untuk suap makanan, kan? Tetapi ada segelintir orang fikir "lain daripada kebiasaan orang" atau "kreatif", fungsi sudu adalah lebih daripa itu. sudu boleh jadi pencungkil penutup tin milo, boleh dijadikan perhiasan, boleh pukul cawan untuk buat muzik, boleh buat senjata, boleh buat magic show, boleh buat belajar sains. Jadi tak boleh kata kalau guna sudu untuk jadi cermin sebagai "menghina" sudu kerana itu adalah salah satu cara menggunakan sudu yang orang biasa tak terfikir pun. Samalah macam video ini, bagi orang Korea dan orang awam, ini ialah lagu korea, kalau orang yang faham bahasa Korea tu fahamlah, tetapi kalau bagi "sesetengah orangg" (termasuklah saya - MBB), kalau dengar betul boleh "ditafsirkan" ke dalam Bahasa Malaysia, tapi makna dia semua "lari", "nonsense" dan "entah apa-apa".

Marilah berbaik-baik.

Begitulah pendapat MBB. Usaha beliau menulis semula lirik-lirik lagu ini menjadi ikutan pula. Berikut adalah hasil rekaan kreatif seorang lagi insan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fique88.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

28 August 2008

YouTube - Budak Mengajar Pengurus Restoran

Kanak-kanak Pun Tahu

Seorang budak sekolah rendah memesan makanan di sebuah restoran. Pelayan restoran itu mengambil pesanan tetapi setelah satu jam menunggu, makanan tidak sampai-sampai lagi. Budak itu memanggil pengurus restoran lalu bertanyakan beberapa soalan dan kemudian memberikan buah pendapat yang tajam. Apakah kata-kata budak itu yang membuatkan pengurus restoran itu terpegun?

Semuanya berkaitan dengan pengurusan restoran yang lembab dari pengurusan masa dan pengurusan kewangan yang menjadi punca kenapa restoran itu sentiasa hening tanpa pelanggan, tidak popular dan tidak maju.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

YouTube - Rahsia Usain Bolt - Video Gurauan

Usain Bolt terlalu pantas! Dia sudah tahu dia akan menang, oleh itu dia telah meraikan kemenangannya sebelum sampai ke garisan penamat. Video ini menunjukkan aksi-aksi rahsia Bolt sebelum menuju ke garisan penamat. Usain Bolt sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya sebagai seorang maharaja pecut di gelanggang Olimpik. Anda ingin berlari sepantas Usain Bolt?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

27 August 2008

Video Pelajar Menyeksa dan Mempermainkan Guru Mengundang Kontroversi di China

VIDEO PERILAKU BURUK
PELAJAR BULI GURU TERSEBAR:

GURU SEKOLAH BERUSIA 70 TAHUN
DISEKSA DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PELAJAR

BEIJING: Satu video mengandungi rakaman salah laku beberapa orang pelajar berusia belasan tahun menyeksa dan mempermain-mainkan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya tersebar di internet dan mengundang kemarahan umum.

Adegan keji tersebut dirakam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Beijing. Menerusi video itu dapat dilihat seorang pelajar memakai subang, mendekati gurunya yang sedang mengajar di dalam kelas, dan kemudian menepuk dahi gurunya sebelum kembali bangkunya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki yang lain melempar botol plastik kepada guru itu dan menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa.

Video yang mengandungi rakaman sekitar 5 minit itu disiarkan di sebuah blog dan kemudiannya tersebar di beberapa buah laman web. Hal ini mengundang kemarahan para pengunjung laman web kerana kedajalan anak-anak murid guru tersebut menghina guru.

Kemaafan Daripada Seorang Guru
Guru yang menjadi mangsa adalah Profesor Toot Toot yang mengajar mata pelajaran Sejarah, Politik dan Geografi di sekolah tersebut.

Sungguh mengharukan apabila guru tersebut sudi memaafkan anak-anak muridnya yang terlampau biadab itu. Ini adalah contoh kemuliaan hati seorang pendidik. Profesor tua itu juga telah menolak sebarang temubual atau usaha untuk menceritakan semula kejadian yang menimpanya, malah memberitahu media bahwa para pelajar tersebut telah meminta maaf dan menyatakan penyesalan mereka di atas salah laku yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Warganegara Bertanggungjawab Memberi Sokongan Terus
Menurut Beijing News, beberapa orang pengunjung yang telah melihat video telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah tersebut untuk menegur para pelajar terbabit dan memberikan sokongan moral kepada guru yang telah berusia 70 tahun itu.

Bagi majoriti warganegara China, kejadian tersebut mengingatkan mereka kembali mengenai peristiwa Revolusi Budaya pada 1966-1976 di mana para pelajar memukul dan mengaibkan guru mereka.

Phak Wartawan Isu dan Berita Hangat di isuberitahangat.blogspot.com enggan menyiarkan video tersebut demi menjaga maruah individu-individu yang terlibat. Semoga para pelajar di Malaysia tidak mengulangi salah laku yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Moralnya di sini, kita melihat seorang guru tua berusia 70 tahun terus berusaha untuk menyumbangkan bakti kepada anak-anak bangsa biarpun melalui kesengsaraan dalam menempuhi perubahan budaya. Guru itu mungkin telah melihat dunia pendidikan selama lebih 45 tahun, dan anak-anak murid yang membulinya itu pula berusia kurang sesuku daripada umur beliau. Kesabaran beliau merupakan contoh teladan buat warga pendidik.

Sumber: AFP, Rabu (30/5/2007)

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

26 August 2008

Video Seks CCTV Artis Popular Gempar!!!

TONTONLAH AKSI PANAS INI
SEBELUM VIDEO-VIDEO INI DITARIK BALIK

Siapakah artis popular yang terlibat dalam aksi di ranjang ini? Sila klik pada mana-mana gambar di bawah untuk melihat aksi panas pasangan bukan suami isteri di atas katil. Tonton di atas kerelaan anda sendiri. Video seks ini pasti akan membuatkan anda rasa tidak puas hati. Pastikan anda sudah cukup matang untuk membuat penilaian sebelum meneruskan niat tidak baik anda.
Video Artis Bogel Melakukan Adegan Panas
Video Aksi Seks Pasangan Kekasih Dalam Semak

Terlupa. Disebabkan kamera terlalu gelap, maka gambar mereka tidak dapat dirakamkan. Harap maaflah ya. Tak baik tengok video lucah.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Pintu Ke Neraka Di Darvas - Uzbekistan

Pintu Ke Neraka Di Bumi
Darvas, Uzbekistan

Photos by John H.Bradley

Terletak di Darvaz, Uzbekistan, dan tempat ini dipanggil sebagai "The Door to Hell" yang membawa maksud "Pintu ke Neraka". Kisah tempat ini bermula 35 tahun lalu, semasa sepasukan ahli geologi ke mari untuk melombong gas.

Semasa kerja-kerja melombong gas dilakukan, mereka dengan secara tidak sengaja menemui gua bawah tanah yang sangat besar sehingga menyebabkan kesemua peralatan mencari gali gas dan khemah jatuh ke dalamnya. Tidak ada sesiapa yang berani masuk ke dalam tempat ini kerana tempat ini dipenuhi dengan gas yang beracun.

Lubang ini telah terbakar selama 35 tahun tanpa henti. Tidak ada sesiapa yang dapat menganggar jumlah gas yang telah terbakar sepanjang tempoh tersebut. Gas yang terpendam di dalam lubang ini seolah-olah tidak pernah habis.