27 August 2008

Video Pelajar Menyeksa dan Mempermainkan Guru Mengundang Kontroversi di China

VIDEO PERILAKU BURUK
PELAJAR BULI GURU TERSEBAR:

GURU SEKOLAH BERUSIA 70 TAHUN
DISEKSA DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PELAJAR


BEIJING: Satu video mengandungi rakaman salah laku beberapa orang pelajar berusia belasan tahun menyeksa dan mempermain-mainkan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya tersebar di internet dan mengundang kemarahan umum.

Adegan keji tersebut dirakam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Beijing. Menerusi video itu dapat dilihat seorang pelajar memakai subang, mendekati gurunya yang sedang mengajar di dalam kelas, dan kemudian menepuk dahi gurunya sebelum kembali bangkunya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki yang lain melempar botol plastik kepada guru itu dan menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa.

Video yang mengandungi rakaman sekitar 5 minit itu disiarkan di sebuah blog dan kemudiannya tersebar di beberapa buah laman web. Hal ini mengundang kemarahan para pengunjung laman web kerana kedajalan anak-anak murid guru tersebut menghina guru.


Kemaafan Daripada Seorang Guru
Guru yang menjadi mangsa adalah Profesor Toot Toot yang mengajar mata pelajaran Sejarah, Politik dan Geografi di sekolah tersebut.

Sungguh mengharukan apabila guru tersebut sudi memaafkan anak-anak muridnya yang terlampau biadab itu. Ini adalah contoh kemuliaan hati seorang pendidik. Profesor tua itu juga telah menolak sebarang temubual atau usaha untuk menceritakan semula kejadian yang menimpanya, malah memberitahu media bahwa para pelajar tersebut telah meminta maaf dan menyatakan penyesalan mereka di atas salah laku yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Warganegara Bertanggungjawab Memberi Sokongan Terus
Menurut Beijing News, beberapa orang pengunjung yang telah melihat video telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah tersebut untuk menegur para pelajar terbabit dan memberikan sokongan moral kepada guru yang telah berusia 70 tahun itu.

Bagi majoriti warganegara China, kejadian tersebut mengingatkan mereka kembali mengenai peristiwa Revolusi Budaya pada 1966-1976 di mana para pelajar memukul dan mengaibkan guru mereka.

Phak Wartawan Isu dan Berita Hangat di isuberitahangat.blogspot.com enggan menyiarkan video tersebut demi menjaga maruah individu-individu yang terlibat. Semoga para pelajar di Malaysia tidak mengulangi salah laku yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Moralnya di sini, kita melihat seorang guru tua berusia 70 tahun terus berusaha untuk menyumbangkan bakti kepada anak-anak bangsa biarpun melalui kesengsaraan dalam menempuhi perubahan budaya. Guru itu mungkin telah melihat dunia pendidikan selama lebih 45 tahun, dan anak-anak murid yang membulinya itu pula berusia kurang sesuku daripada umur beliau. Kesabaran beliau merupakan contoh teladan buat warga pendidik.

Sumber: AFP, Rabu (30/5/2007)


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: