Showing posts with label Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Raja Lawak. Show all posts

07 November 2011

Angah Raja Lawak Laku Laris!

RASANYA tahun ini pelakon komedi, Angah, dengarnya tak menang tangan menerima undangan. Bukan hanya persembahan pentas, produser drama dan filem juga suka menggunakan khidmatnya. Kiranya kerjaya seni Angah sama rancak dengan teman rapatnya, Along, apabila masing-masing kerap disambar penerbit dan pengelola majlis. Difahamkan, dia baru saja selesai penggambaran filem Taikun juga arahan Bob Hashim dan kemudian diamanahkan pula membintangi sebuah lagi filem yang agak berbeza buatnya. Khabarnya genre misteri, tetapi Cik Normah terlupa pula judulnya. Maklumlah, banyak benda kena fikir. Apa pun, Cik Normah pun tak sabar nak tunggu sebab selama ni Angah hanya ditonjolkan sebagai pelawak atau dalam cerita komedi. Sebenarnya ramai yang suka Angah. Rasanya Cik Normah tahu kenapa Along dan Angah disukai ramai termasuk peminat. Selain berbakat, mereka pandai menyesuaikan diri walau di mana pun berada. Kiranya mereka berdua ini tak sombong, malah teman-teman media pun sering memuji sebab untuk mereka tidak banyak kerenah kalau diundang ke sesi fotografi dan apa juga majlis. Bak kata orang, senang nak bekerjasama. Kalau nak jadikan mereka contoh buat bakat muda lain pun lebih tepat. Sebab masa bergurau, memang mereka bergurau sungguh-sungguh dan apabila masuk bab kerja, dalam berlawak mereka cukup komited. Bila ditegur atau diusik dengan gosip nakal pun selamba. Tak pula marah tak tentu hala. Sisi itu yang membuatkan mereka istimewa. Tidaklah macam segelintir individu, baru nama disebut-sebut sudah tak jejak bumi. Peliknya bila dicuit sikit, terus meroyan kononnya pantang diusik. Padahal kalau tak sungguh, tak melata. Lagi pun sudah namanya industri hiburan. Tak payahlah tengok sampai Hollywood, kat negara jiran ni pun sudah cukup, hal kain dalam penggiat industri diselak. Kiranya kat sini artis masih beruntung, kalau setiap inci diselongkar sudah banyak tokak terdedah. Tak gitu Sherry Kepoci?
-BERITA HARIAN.

10 October 2011

Nabil bergelar suami Nazirah - Kahwin Juga Nabil

PUTRAJAYA: Selepas terbabit pelbagai kontroversi, akhirnya juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 28, menemui kebahagiaan apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nazirah Ayub, 23, di Masjid Sultan Mizan, di sini pada jam 5.15, petang semalam. Pasangan yang sudah berkenalan enam tahun dan rapat sejak enam bulan lalu itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad dengan berwali bapa pengantin perempuan, Ayub Hassan, 60. Selepas dua kali lafaz, Nabil sah menjadi suami Nazirah. Pada majlis pernikahan itu, Nazirah menerima wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran daripada Nabil. Selain sebentuk cincin berlian dan mas kahwin, Nazirah menerima set wangian, al-Quran, telekung dan tasbih, kasut jenama Stuart Weitzman , set solekan Channel, tepak sirih dan peralatan komunikasi, BlackBerry Playbook. 

Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang kepada pihak lelaki iaitu sebentuk cincin, coklat, kasut, peralatan permainan siber Play Station 3 (PS3), iPad 2, sejadah/al-Quran, sirih junjung, buah-buahan dan kek. Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya selesai, Nabil berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hasrat mendirikan rumah tangga dan bergelar suami kepada Nazirah dimakbulkan. “Saya memilih Nazirah sebagai teman hidup kerana terpikat dengan sikapnya yang lemah lembut, ramah, penyayang dan dia juga boleh `masuk' dalam kehidupan saya. Nazirah tak cemburu dan sangat memahami kerjaya saya sebagai artis. 

“Biarpun, hubungan kami boleh dikatakan baru rapat, saya berkahwin dengan Nazirah kerana ikhlas. Sekian lama menunggu, seru mendirikan rumah tangga akhirnya tiba. Malah, bukan juga niat saya berkahwin untuk menutup kontroversi.

“Sebagai insan seni, saya tahu lumrah hidup artis yang tidak boleh lari daripada kontroversi. Namun, saya percaya dan yakin Nazirah memahaminya. Bahkan, saya akui sememangnya memilih pasangan hidup bukan di kalangan artis kerana lebih selesa,” katanya. Hadir sama di majlis pernikahan itu, bapa Nabil, Ahmad Ismail, 60 dan ibunya, Rohizah Abdul Latif, 60. Majlis resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung di Digital Park I-City, Seksyen 7, Shah Alam, Ahad ini. - hMetro

06 October 2011

Juara Raja Lawak Penagih Dadah

 JUARA RAJA LAWAK HISAP DADAH DIKENALPASTI. SIAPAKAH JUARA RAJA LAWAK TERBABIT PENYALAHGUNAAN DADAH?

JUARA RAJA LAWAK TERBABIT DADAH: Seorang pelawak berkumpulan RAJA LAWAK yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran. 

Difahamkan, selepas ditahan pelawak Raja Lawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis RAJA ;AWAK yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, artis RAJA LAWAK terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

JUARA RAJA LAWAK BERKUMPULAN HISAP DADAH! MACAM DAH TAHU DAH SIAPA ORANGNYA.