Showing posts with label Cerita Palsu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Palsu. Show all posts

01 January 2012

Cerita Palsu - Wanita Bom Ditahan

Wanita ini sangat tidak baik kerana telah membuat cerita palsu dan akhirnya telah ditahan begitu sahaja. Oleh itu kita semua hendaklah jangan meniru perbuatan wanita ini yang membuat cerita palsu di tempat awam. Kasihanlah sama itu orang awam yang mahu berehat-rehat di sana dan di sini. Janganlah kita menyusahkan kebahagiaan hidup mereka juga.

Padah buat cerita palsu - Wanita tipu suami bawa bom untuk selamatkan perkahwinan bawa bom ditahan

LONDON: Seorang wanita ditahan selepas bertindak mereka cerita ada bom dalam sebuah pesawat semata-mata kerana mengesyaki suaminya menaiki kapal terbang itu untuk menemui wanita simpanannya. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan, Johnna Woolfolk menghubungi AirTran Airways bulan lalu dan memberitahu suaminya membawa bom menaiki pesawat. Dia berbuat begitu atas alasan mahu menyelamatkan rumah tangganya yang dibina selama 30 tahun.

Tetapi, cubaannya yang dikatakan bertujuan ‘romantik’ tidak berlaku seperti dalam filem, lapor akhbar Daily Mail.

Suami Johnna yang dipintas anggota keselamatan di lapangan terbang menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga pada masa itu.

Johnna yang tidak mahu berpisah dengannya kini menghadapi dakwaan memberi maklumat palsu.

Ejen FBI, David Gates berkata, Johnna terus menangis selepas pihak berkuasa memperdengarkan rakaman perbualannya dengan syarikat kapal terbang itu.

“Johnna mengakui tidak berfikir dengan betul ketika membuat panggilan itu selain tidak berniat mencederakan sesiapa,” kata Gates.

Johnna yang menjaga ibunya yang uzur di kediaman pasangan itu di Lynwood berada dalam keadaan tertekan dan percaya masalah rumah tangganya berpunca daripada hubungan rahsia suaminya dengan wanita lain, kata peguamnya.

Dia dijangka mengaku salah dalam sesi keterangan 9 Januari depan, kata jurucakap pejabat Pendakwa Raya Amerika, Thom Mrozek.

“Membuat ancaman terhadap syarikat penerbangan adalah kesalahan serius dan akan didakwa.

“Penipuan seperti itu menyebabkan kerajaan rugi besar,” lapor akhbar Los Angeles Times yang memetik jurucakap FBI, Laura Eimiller. _ Agensi

14 March 2011

Cerita Palsu Kewafatan Rasulullah

Detik-Detik Kewafatan Rasulu Llah

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melaluï kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulaï menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita] Pagi itu, Rasulu Llah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umat ana, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta`ati dan bertaqwalah kepadaNya. Ana wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan sunnah ana. Barangsiapa mencintaï sunnah ana, bererti dia mencintaï ana, dan kelak orang-orang yang mencintaï ana akan masuk syurga bersama-sama ana.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulu Llah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. [Tidak ada sumber! Rasulu Llah tidak berkhutbah pada pagi hari kematiannya. Hadis [/ kata-kata] tersebut juga pelik! Perlu kepada rujukan sebelum boleh diterima]

Abu Bakr menatap mata itu dengan berkaca-kaca, `Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisannya. `Usman menghela nafas panjang dan `Ali menundukkan kepalanya dalamdalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulu Llah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala `Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulu Llah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulu Llah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulu Llah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. [Ayat yang pelik! Siapa Fadhal?]

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah ana masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayah ana sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anak ana?” “Tak tahulah ayah ana, orang sepertinya baru sekali ini ana melihatnya,” tutur Fatimah lembut. [Ayat yang pelik! Tidak ada sumber]

Lalu, Rasulu Llah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuïlah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaku l-maut,” kata Rasulu Llah. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]

Fatimah pun menahan ledakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulu Llah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertaïnya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hak ana nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulu Llah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh anta. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan anta,” kata Jibril. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]

Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulu Llah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Anta tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepada ana bagaimana nasib umat ana kelak?”. “Jangan khuatir wahai Rasula Llah, ana pernah mendengar Allah berkata kepada ana: “Ana haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]

Detik-detik semakin dekat untuk saatnya Malaku l-Maut melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulu Llah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulu Llah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratu l-maut ini.” Perlahan Rasulu Llah mengaduh. Fatimah terpejam, `Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah anta melihat ana, hingga anta palingkan wajah anta ya Jibril?” Tanya Rasulu Llah kepada Malaikat penyampai wahyu itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulu Llah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepada ana, jangan pada umat ana.” Badan Rasulu Llah mulaï dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, `Ali segera mendekatkan telinganya. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!] [Harap semak, macam ada unsur Syi`ah sahaja cerita ini… Ana belum baca sampai habis lagi cerita ini!]

Di luar pintu tangisan mulaï terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan `Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulu Llah yang mulaï kebiruan. “Ummati, ummati, ummati, (Umat ana, umat ana, umat ana)” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas! Al-Bukhariy dan Muslim [Al-Bukhariy/ 4463, 6348, 6509], [Muslim/ 2444] meriwayatkan kata-kata terakhir Rasulu Llah ialah “Allahumma r-Rafiqa l-A`la”

KOMENTAR `ADLAN
1- Cerita ini masyhur tetapi tidak ada asas. Terlalu banyak tokok-tambah dan penipuan
2- Sila rujuk hadis yang sahih dan kisah sirah yang mu`tabar

KOMENTAR IRWAN
1. Ana nasihatkan saudara penulis, kita sebagai Ahli s-Sunnah, rujuklah hadis-hadis apabila
menulis sesuatu…