Showing posts with label Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Jenaka. Show all posts

28 August 2008

YouTube - Rahsia Usain Bolt - Video Gurauan

Usain Bolt terlalu pantas! Dia sudah tahu dia akan menang, oleh itu dia telah meraikan kemenangannya sebelum sampai ke garisan penamat. Video ini menunjukkan aksi-aksi rahsia Bolt sebelum menuju ke garisan penamat. Usain Bolt sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya sebagai seorang maharaja pecut di gelanggang Olimpik. Anda ingin berlari sepantas Usain Bolt?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

26 August 2008

Koleksi Lawak Pendek Doktor, Cikgu dan Murid

Cerita Lawak Guru Murid dan Hujan

CIKGU: Arip, kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu.

CIKGU: Semalam, kenapa awak tak hadir??

A! RIP : Hujan, cikgu.

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

Kisah Lawak Doktor Gigi dan Pesakit Semasa Berunding Harga Pakej

FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?

DOKTOR: RM120.

FARID : Amboi mahalnya. Ada yang murah sikit tak?

DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic. Saya boleh kurangkan kepada RM80

FARID : Masih mahal lagilah, doktor. Saya mahu pakej mencabut sebatang gigi yang paling murah sekali.

DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa untuk mencabutnya dengan playar. Amat murah. RM10 jer.

FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok.

Cerita Lawak Cikgu dan Murid Semasa Mengajar Topik Fotosintesis

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus juga. Sekarang giliran Din pula. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu.

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Ini kelas sains atau kelas memasak?

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Cerita Lawak Pendek Binatang Ternakan

Kisah 1: Kambing dan Ayam
Satu petang seekor kambing menegur salah laku seekor ayam.

"Apalah engkau ini ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar."

Ayam yang bengang pun menjawab, "Kau lagilah. Janggut panjang macam alim. Tapi seluar tak pakai, nampak batu bergoyang-goyang."

Kisah 2: Adab Makan Menurut Lalat
Satu hari sedang sepasang lalat tengah melantak di satu tempat yang romantik, tiba-tiba si isteri lalat bersuara, "Bang, kenapa kita hari-hari makan tahi?"

Lalu si suami lalat pun menjawab, "Hissh! Jangan cakap benda-benda kotor semasa makan. Tak baik."