Showing posts with label Kehebatan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kehebatan Malaysia. Show all posts

04 December 2011

Gol Ke-7 Terbaik Dunia - NAZMI FAIZ - BOLA SEPAK

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun. Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:
1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

22 November 2011

Tewasnya Indonesia - Malaysia Juara Tanpa Kalah

Harimau 'ngap' Garuda 
Disediakan oleh Berita Harian 
PEMAIN dan pegawai Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam tadi. - Jurufoto Berita Harian 

Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta SKUAD bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan. Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri. Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.

19 November 2011

OBAMA MOHON BANTUAN MALAYSIA

Malaysia memang hebatlah. Ini negara Malaysia kecil saja tetapi bukan calang-calang negara jugalah sebab Obama pun mahu minta bantuan daripada Malaysia. Oleh itu berusahalah bersungguh-sungguh.

Kepemimpinan Perdana Menteri di pentas antarabangsa turut dikagumi OBAMA
PRESIDEN Barack Obama mahu Malaysia yang disifatkannya sebagai negara berpengaruh di rantau ini selain dalam kalangan negara Islam, memainkan peranan produktif, penyelesaian konflik dan boleh membantu ke arah kestabilan serta kemakmuran dunia. Ungkapan itu diluahkan Obama kepada Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Asia Timur, di Nusa Dua Bali, semalam. Pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu turut menyifatkan Najib sudah mempamerkan kepemimpinan yang hebat bukan saja dalam usaha untuk terus meningkatkan ekonomi Malaysia, tetapi juga kepemimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala. Malah dalam ucapan pembukaan ringkasnya sebelum mesyuarat itu bermula, Obama berkata, hubungan AS dan Malaysia adalah kukuh, yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). “Saya menghargai kerjasama luar biasa yang kami terima.... kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia. “Jadi, terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri,” katanya dan menambah bahawa kepemimpinan Najib berjaya meneruskan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kata Obama, mesyuarat dua hala berkenaan akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan mengenai bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di rantau ini. Dalam ucapan pembukaannya pula, Najib berkata, Malaysia sedia memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan dengan TPP. “Diharapkan kami dapat memenuhi tarikh akhirnya tahun depan. Kami melihat ada prospek besar dari segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara kita. “Kami bersedia untuk bekerjasama dalam bidang lain juga,” katanya. Perdana Menteri berkata, Malaysia juga amat komited dalam memastikan keamanan dan kestabilan dalam bidang pengawalan senjata nuklear dan turut mengambil langkah dalam memastikan Malaysia tidak menjadi pusat transit bagi barangan larangan yang boleh digunakan bagi pembuatan senjata nuklear. Mesyuarat dua hala itu turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton; Timbalan Ketua Staf untuk Dasar, Nancy-Ann DeParle; Penasihat Keselamatan Negara, Tom Donilon; Penolong Setiausaha untuk Hal-Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell. Delegasi Malaysia pula termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. Bercakap kepada wartawan Malaysia lewat petang semalam, Najib berkata, pada mesyuarat itu Obama meminta Malaysia mengkaji kemungkinan menyertai Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear, tetapi Kuala Lumpur sedang mengkaji implikasinya. “Saya juga menyatakan terima kasih kepada Presiden Obama dengan penghantaran 50 guru bahasa Inggeris di bawah skim yang saya cadangkan, iaitu melalui Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai pertukaran pendidikan. “Mereka ini akan ditempatkan di Pahang, Terengganu dan Johor. Saya menyatakan bahawa ini adalah respons beliau kepada cadangan yang saya buat di New York pada September 2010. Saya berharap jumlah ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang,” katanya. Najib berkata, Obama juga menyentuh mengenai peranan Malaysia di Afghanistan kerana mengambil bahagian melalui penghantaran pasukan perubatan di sana selain berbincang mengenai kedudukan Palestin.

Khairul Fahmi Senyapkan Mulut Penyokong Indonesia

Kemenangan Skuad Bola Sepak Harimau Muda ke atas pasukan bola sepak Indonesia memang sudah dijangkalah sebab Malaysia memang hebat jugalah. Tidak hairan kalau Malaysia mampu menang kerana pemain Malaysia sekarang hebat-hebat belaka.

Barisan pertahanan intipati kejayaan 
Harimau Muda ke separuh akhir INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir. Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting. Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka. “Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini. Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara. “Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil. “Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.” Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”