22 November 2011

Tewasnya Indonesia - Malaysia Juara Tanpa Kalah

Harimau 'ngap' Garuda 
Disediakan oleh Berita Harian 
PEMAIN dan pegawai Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam tadi. - Jurufoto Berita Harian 

Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta SKUAD bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan. Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri. Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.

No comments: