22 November 2011

Layanan Buruk Penyokong Indonesia Terhadap Atlit-Atlit Malaysia SUKAN SEA

Layanan Buruk Penyokong Indonesia Terhadap Atlit-Atlit SUKAN SEA
Penyokong-penyokong dan penonton-penonton Indonesia membuat bising, menghina dan tidak menghormati lagu Negaraku orang Malaysia dengan sengaja memang sangat buruk. Orang-orang Indonesia yang menjadi tuan rumah lagi juga penyokong tidak melayan tetamu mereka dari Malaysia dengan baik. Apa ini? Rupa-rupanya beginilah wajah dan air muka orang Indonesia. Sangat teruk dan cukup hina kelakuan mereka semuua ini. Orang Indonesia, terimalah kekalahan ini dengan bersorak-sorak lagi kerana kekalahan kamu bukan sahaja di gelanggang pertandingan tetapi juga moral yang paling teruk di dunia ini.

Kito Wong Palembang: Mana dia sikap setia kawan?
Disediakan oleh Berita Harian


SUKAN sering dikaitkan antara jambatan terbaik mengeratkan hubungan sesama negara kerana pada dasarnya, ia mengutamakan semangat kesukanan dan mengenepikan pengaruh perbezaan politik serta budaya.

Itulah juga matlamat penganjuran Sukan SEA yang bukan setakat bersaing dalam acara sukan, tetapi juga mengeratkan semangat setiakawan sesama negara Asia Tenggara mengambil bahagian. Namun, beberapa insiden terhadap layanan tuan rumah kepada atlit, pegawai mahu pun petugas media Malaysia tidak langsung mencerminkan matlamat itu. Insiden seperti penonton tidak berdiri dan menghormati lagu kebangsaan yang memenangi pingat emas sudah seperti kebiasaan di Kompleks Sukan Jakabaring yang menjadi venue utama kebanyakan acara di Palembang.

Malah, pada satu upacara penyampaian pingat di Pusat Akuatik membabitkan pemenang emas dari Malaysia, penonton tuan rumah sengaja bersorak dan membuat bising ketika NegaraKu berkumandang.

Bukan itu saja, petugas media Malaysia yang membuat liputan di Pusat Akuatik juga menghadapi kesukaran menjalankan tugas dihalang pihak keselamatan memasuki kawasan dikhaskan untuk atlit dan pegawai bagi temubual.

Apapun tahniah diucapkan kepada penganjur yang prihatin terhadap aduan media apabila sebahagian kemudahan yang dulunya teruk khususnya di pusat media utama yang talian internet dan telefon sering sesak dan terputus-putus selain meja dan kerusi yang tidak mencukupi, sudah ada sedikit peningkatan.

Fiesal

No comments: