Showing posts with label Harga Minyak. Show all posts
Showing posts with label Harga Minyak. Show all posts

04 December 2010

Cara Menjimatkan Minyak Kenderaan

Cara Menjimatkan Minyak Kenderaan
JUMLAH penggunaan minyak yang meningkat pasti membebankan pengguna kenderaan terutama jika kos ditanggung semakin membebankan. Ikuti panduan pemanduan berikut yang dapat membantu menjimatkan petrol kenderaan anda.

Dua peraturan asas yang penting dan perlu kita ingat ialah memandu secara efisien dan memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik.

Kelancaran pemanduan
Pemanduan agresif (suka memecut serta kerap kali beralih antara menekan pedal petrol dan pedal brek) amat membazirkan petrol. Sekiranya anda memandu kenderaan dengan lancar anda dapat meningkatkan penjimatan petrol sehingga 33 peratus ketika memandu di lebuh raya dan lima peratus di jalan raya ibu kota.

Mematuhi had laju
Secara amnya, ekonomi optimum petrol boleh diperoleh antara kelajuan 90 km/j hingga 100 kmj. Penggunaan petrol semakin meningkat apabila mengatasi kelajuan 100 km/j. Setiap peningkatan kelajuan 8 km/j melepasi 100 km/j meningkatkan penggunaan petrol kereta anda sehingga 5 peratus.

Penyelarasan enjin
Membaiki enjin kenderaan yang tidak setala atau kenderaan gagal ketika ujian pengeluaran asap dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 4 peratus. Bagaimanapun, peratusan ini bergantung kepada faktor seperti jenis pembaikan enjin dan bagaimana kerja pembaikan dijalankan.

Penukaran penapis udara
Pemilik kenderaan digalakkan menukar penapis udara kerana penukaran secara teratur dapat menjimatkan petrol sebanyak 10 peratus. Penapis udara kenderaan anda dapat menghalang kekotoran serta melindungi enjin kereta daripada kerosakan. Penukaran penapis udara bukan saja menjimatkan petrol malah memelihara enjin kenderaan anda.

Pam tayar dengan tekanan yang betul
Kenderaan anda dapat menjimatkan penggunaan petrol pada kadar 3.3 peratus sekiranya semua tayar dipam dengan tekanan angin betul. Setiap kekurangan 1 psi pada tekanan udara, tayar kenderaan anda menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 0.4 peratus. Jika tayar kenderaan anda kekurangan 10 psi, maka peningkatan penggunaan petrol adalah sebanyak empat peratus. Tayar yang dipam dengan tekanan angin betul akan tahan lebih lama dan lebih selamat.

Kegunaan minyak pelincir disyorkan
Anda dapat menjimatkan petrol kenderaan anda pada kadar 1 hingga 2 peratus dengan menggunakan minyak pelincir disyorkan pengeluar. Sebagai contohnya, penggunaan minyak pelincir 10W-30 untuk enjin yang direka bagi menggunakan minyak pelincir 5W-30 meningkatkan penggunaan petrol pada kadar 1 hingga 2 peratus.

Jangan biar enjin kereta melahu berpanjangan
Membiarkan enjin melahu bersamaan dengan 0 kilometer setiap liter petrol dibakar dan ia mengakibatkan kehausan enjin. Rancanglah perjalanan anda supaya dapat menjimatkan masa serta petrol.

Penggunaan kuasa Cruise
Dengan menggunakan kuasa Cruise, anda akan memandu pada satu kelajuan tetap ketika di lebuh raya, ia dapat menjimatkan petrol kenderaan anda.

Penggunaan gear pacuan
Sekiranya anda memandu kenderaan dengan menggunakan gear ini, kelajuan enjin kenderaan anda menurun. Apabila ini berlaku, ia menjimatkan petrol serta mengurangkan kehausan enjin kenderaan.

Semasa isi minyak

1. Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh. Dengan meluangkan sedikit masa, penjimatan adalah luar biasa kerana jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas (lebih banyak gas daripada petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita.
2. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.
3. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
4. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

Tips-tips tambahan

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
2. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
4. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
6. Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk.
7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
8. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
9. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
10. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
11. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
12. Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah._
cara menjimatkan minyak kereta cara save budget minyak petrol kereta petua jimat minyak petrol kereta dan motosikal

15 October 2008

Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini

Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini

15 Oktober - Berkuatkuasa hari ini, seluruh rakyat mula menikmati penurunan harga petrol dan diesel.

Harga petrol RON-97 dikurangkan sebanyak 15 sen, kepada RM2.30 sen seliter.

Harga petrol RON-92 dikurangkan sebanyak 10 sen, kepada RM2.20, manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penurunan harga bahan api di negara ini berikutan harga minyak dunia yang menurun kepada purata 82 dolar Amerika setong di pasaran antarabangsa.

Pengumuman semalam menandakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Kali pertama pelarasan harga runcit petrol adalah pada 23 Ogos; dan kedua pada 24 September lalu.

Pada 4 Jun lepas, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter.

Tindakan itu berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Sementara itu, cadangan agar penurunan harga minyak diputuskan di luar kabinet bagi membolehkan rakyat menikmati harga baru secepat mungkin, akan dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, dengan berbuat demikian, dapat mempercepatkan proses penurunan harga minyak.

Cadangan itu menyebut agar penilaian harga minyak petrol dan diesel putuskan secara kolektif bersama Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, serta beliau sendiri --- tanpa perlu dirujuk kepada kabinet.

Dalam pada itu, Datuk Shahrir berkata, isu pengusaha stesen minyak yang membatalkan tempahan daripada syarikat-syarikat minyak kerana takut harga minyak turun, tidak menjadi satu masalah.

Hal ini adalah kerana menurutnya, hanya sebilangan kecil yang berbuat demikian dan bekalan minyak dalam negara adalah cukup.

Beliau berkata, kementeriannya bekerjasama dengan syarikat-syarikat minyak; dan mengingatkan mereka supaya tidak memberikan bekalan yang banyak pada masa penurunan harga minyak semakin dekat.

-- BERITA24

24 September 2008

Harga Runcit Petrol dan Diesel Turun 10 Sen

Harga Runcit Petrol dan Diesel Dilaraskan, Turun 10 Sen

24 Sep 2008 - Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk melaraskan harga petrol kepada satu harga baru.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini.

Harga runcit petrol Ron 97 dan Ron 92 dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan daripada RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.

Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.40 seliter.

Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini berkuat kuasa mulai esok 25 September 2008.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.