Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

28 July 2012

BEKAS ISTERI HATTAN SAMAN OH BULAN RM 1 JUTA

 BEKAS ISTERI HATTAN SAMAN OH BULAN 1JUTA

Bekas isteri hattan saman blog Oh Bulan 1juta (satu juta). KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.


BEKAS ISTERI HATTAN SAMAN OH BULAN KERANA MENFITNAH


Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya,Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan (Oh Bulan) menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.


Bekas isteri Hattan saman Oh Bulan! RM1 juta

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin. - BERNAMA


BEKAS ISTERI HATTAN MOHON GANTI RUGI | OH BULAN

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lalu defendan melalui laman web www.ohbulan.com menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata, artikel itu antara lain bermaksud Beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata, reputasi peribadi dan profesionalnya rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. -Bernama (Bharian)

06 November 2011

Bayar kompaun atau cermin sisi dikunci

IPOH: Bermula kelmarin, kira-kira 600 pemilik kenderaan yang ingkar melunaskan saman tertunggak membabitkan kesalahan lalu lintas melebihi 50 kompaun di bandar raya ini berdepan dengan tindakan cermin sisi kenderaan mereka dikunci. Nampaknya ini adalah mimpi ngeri untuk mereka yang banyak kompaun. Penolong Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ahmad Zaiyadi Sudin, berkata penguat kuasa MBI kini sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan itu dan kunci berkenaan hanya boleh dibuka di pejabat penguat kuasa di sini, selepas membayar denda RM50. "Menerusi penguatkuasaan itu, pemilik kenderaan terbabit perlu melunaskan bayaran saman tertunggak mereka tetapi masih berpeluang untuk membuat rayuan. 

"Bagaimanapun, kita memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang dikunci supaya tidak merosakkan alat ini kerana mereka boleh didenda RM1,000 selain didakwa mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBI) 1992," katanya selepas operasi mengunci beberapa kenderaan sekitar bandar raya ini, kelmarin. Beliau berkata, pihaknya juga akan mengenakan tindakan susulan iaitu mengapit tayar kenderaan pemilik jika kunci (untuk cermin sisi) tidak dipulangkan kepada Pejabat Penguat Kuasa MBI di Jalan Bandar di sini, dalam tempoh 30 hari dari tarikh dikunci. Mengikut rekod MBI, ada pemilik kenderaan yang mempunyai lebih 400 saman lalu lintas yang nilai kompaunnya mencecah RM10,000. "Ada juga pemilik yang mempunyai antara 200 hingga 300 saman tertunggak dan diharapkan mereka tampil menjelaskan bayaran kompaun bagi mengelak dikenakan hukuman itu," katanya

02 November 2011

Najwa Latif Mengamuk

Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi Pengurus Najwa mohon maaf jika ada pihak tersinggung PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu. Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang untuk menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru. Meskipun bukan penyanyi ini yang bertindak sedemikian, namun sebagai artis, itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh penyanyi remaja ini. Sedikit sebanyak tempias akan terkena padanya juga. Menurut saksi kejadian, pengurus Najwa, Azahari Jaafar dikatakan memarahi seorang wartawan daripada sebuah stesen televisyen hanya kerana dia bertanyakan soalan berbentuk peribadi kepada penyanyi di bawah jagaannya itu. Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu. Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu. Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu. HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku? Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari. HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri? Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja. HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa. Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum. HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan? Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan. Berikut adalah kenyataan daripada pengurus Najwa, Azahari Jaafar. HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman? Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagipun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apapun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari. HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang? Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan.