Kemenangan Skuad Bola Sepak Harimau Muda ke atas pasukan bola sepak Indonesia memang sudah dijangkalah sebab Malaysia memang hebat jugalah. Tidak hairan kalau Malaysia mampu menang kerana pemain Malaysia sekarang hebat-hebat belaka.
Barisan pertahanan intipati kejayaan
Harimau Muda ke separuh akhir
INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir. Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting. Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka.
“Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini.
Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara.
“Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil.
“Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.”
Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”
No comments:
Post a Comment