30 August 2008

Happy Merdeka Avril Lavigne Konsert Damn Thing Tour - Kuala Lumpur, Malaysia


Liputan Berita dan Video:
Kontroversi Konsert Avril Lavigne
Stadium Merdeka, 29 Ogos 2008

KUALA LUMPUR, MALAYSIA 29 OGOS 2008: Walaupun terdapat bantahan, penyanyi kontroversi Avril Lavigne dengan konsertnya Avril Lavigne's Best Damn Tour berjaya dilangsungkan di Stadium Merdeka, malam tadi. Lebih daripada 6,000 orang peminat Avri Lavigne menyambut ketibaannya. Ini adalah kali pertama Avril Lavigne melawat Malaysia.

Nama Avril Lavigne mula menjulang naik sekitar tahun 2002 dengan album pertamanya, Let Go. Kemudian Avril Lavigne maju setapak demi setapak dengan dua album seterusnya iaitu My Skin pada tahun 2004 dan The Best Damn Thing pada tahun 2008. Jualan album Avril Lavigne di seluruh dunia adalah sekitar 30 juta unit.


Video: Konsert Avril Lavigne - Girlfriend


Berpakaian serba hitam, penyanyi rock Avril Lavigne didapati mematuhi kod pemakaian seorang artis. Avril Lavigne telah berkahwin dengan penyanyi kumpulan rock Sum 41, Deryck Wibley. Di pentas, Avril memulakan konsertnya dengan lagu Girlfriend.

Penyanyi berusia 23 tahun ini menunjukkan persembahan yang cukup baik dengan permainan gimik dan bermain peralatan muziknya yang berwarna merah jambu, termasuk gitar, piano dan dram.

Persembahan selama 75 minit ini ditamatkan dengan lagu Sk8er Boi, salah satu lagu hit terawalnya.


Avril Lavigne - When You're Gone Live
dari Kuala Lumpur, Malaysia

Secara keseluruhannya, Avril Lavigne mendendangkan 17 buah lagu termasuk Complicated, My Happy Ending, Runaway, Losing My Grip, I Don't Have to Try dan I'm With You.

Semantara itu seramai 50 orang pembantah daripada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bersama Pemuda PAS Pusat telah mengadakan bantahan Konsert Avril Lavigne di hadapan Stadium Merdeka.

Semua peserta dan petugas-petugas unit Amal Pemuda telah merancang untuk berkumpul di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka pada pukul 7.00 petang. Solat Maghrib dan solat hajat akan diadakan secara berjemaah di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka.

Bantahan ini dibuat kerana Konsert Avril Lavigne's Damn Thing Tour itu didapati tidak sesuai dengam sambutan Hari Kemerdekaan yang juga sangat hampir dengan sambutan bulan Ramadhan.

Sebelum itu, pertubuhan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) telah menganjurkan perarakan aman dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka sekitar jam 2 petang.

Konsert Avril Lavigne telah menjadi berita hangat di kalangan pihak media kerana pihak promosi Galaxy Group gagal mendapatkan permit sebelum mengadakan jualan tiket dan publisiti. Konsert tersebut walau bagaimana pun berjaya mendapat permit seminggu sebelum konsert tersebut dilangsungkan selepas beberapa pertemuan dan perundingan dibuat antara pihak promosi dengan pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: