30 August 2008

Tiga Blogger Bersubahat Jadi Lanun Cetak Rompak, Sebar Perisian dan MP3 Cetak Rompak Menerusi Blog

ALAM BLOGGER, 30 OGOS 2008 - Tiga orang blogger dikesan menjadi dalang atau lanun cetak rompak. Mereka menyebarkan pelbagai perisian cetak rompak dan koleksi lagu-lagu tempatan dan luar negara. Dengan menggunakan nama yang bermaksud Pusat Muat Turun (bukan nama sebenar), mereka semakin giat menyebarkan lagu-lagu MP3 yang boleh didownload secara terus dari laman blog mereka.

Pihak Wartawan Isu dan Berita Hangat berasa bimbang dengan perkembangan kegiatan tidak sihat ini, di mana mungkin suatu hari nanti mereka akan dicekup oleh pihak berkuasa tempatan atau diambil tindakan undang-undang oleh pemilik karya lagu atau perisian yang disebarkan secara bebas kepada umum.

Tidak sekadar perisian popular, mereka juga menyebarkan nombor siri atau kod siri yang diperlukan untuk mengaktifkan satu-satu perisian bernilai komersil. Perisian terbabit bernilai sekitar ratusan hingga ribuan ringgit seunit dan di sini telah timbul satu persoalan di kalangan jurnalis blog Isu dan Berita Hangat, iaitu:

"Adakah lanun-lanun cetak rompak itu bertujuan mahu menjadi Robin Hood, iaitu merompak hakcipta perisian dan lagu-lagu artis tempatan dan artis yang dianggap mahal supaya dapat disebarkan secara percuma kepada golongan bawahan?"

Selain beroperasi di server Blogspot.com, blogger-blogger berstatus lanun cetak rompak ini dikesan menggunakan beberapa perisian hosting seperti mediafire.com dan rapidshare.com sebagai pangkalan alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan lagu-lagu MP3 dan perisian cetak rompak mereka. Tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga Robin Hood ini sesungguhnya telah menyumbang ke arah menjejaskan sumber pendapatan artis-artis di dalam dan di luar negara.

Jika mahu sebarkan freeware tidak mengapa, tetapi apabila lagu-lagu MP3 dan software berbayar turut diedarkan, inilah yang menjadi kesalahan. Pihak Wartawan Isu dan Berita Hangat berharap blogger-blogger terbabit sedar sebelum terlambat. Jangan sampai dicekup oleh pihak berkuasa, barulah hendak menyesal. Sekiranya blogger-blogger terbabit terbaca pos ini, maka ingatlah teguran ini dibuat sebagai tanda menyayangi masa depan anda, di dunia dan di akhirat.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: