29 January 2012

KES PENIPUAN DI LELONG.COM.MY - Kes penipuan Fantastic Lifestyle senyap

Saya merupakan salah seorang mangsa dari penipuan pembelian handphone di laman web http://www.lelong.com.my

Ramai yang telah menjadi mangsa penipuan dari seorang jurujual yang menggunakan id Fantastic Lifestyle. untuk makluman semua pembaca Fantastic Lifestyle sebenarnya telah diiktiraf Buyer Protection Program (BPP) dari laman lelong ini.

Pihak lelong telah membatalkan pengiktirafan ini bila mendapat tahu Fantastic Lifestyle sedang menipu pembeli. Pihak lelong tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

Saya telah membuat report polis dan ramai lagi mangsa turut membuat report. Apa yang saya terkilan adalah saya hanya sekadar membuat report sahaja. Sepatutnya polis memanggil saya untuk mengambil keterangan dengan bukti yang ada pada saya.

Sekarang sudah berbulan-bulan saya tidak mendapat apa-apa berita dan duit saya yang ditipu hampir 2 ribu terkubur macam tu sahaja. Apa yang saya tahu hampir 200 orang dan lebih RM250,000.00 berjaya ditipu oleh Fantastic Lifestyle.

Sampai sekarang Fantastic Lifestyle masih bebas dan pihak lelong pun tidak mahu bertanggungjawab atas BPP yang mereka iktiraf pada Fantastic Lifestyle.

Siapa yang dapat menolong kami mendapat hak kami semula?

By: mohd fairol
http://www.aduanrakyat.com.my/kes-penipuan-fantastic-lifestyle-senyap

No comments: