29 January 2012

RIBUT SURIA 26.01.2012

Ribut suria paksa haluan pesawat dilencong
Disediakan oleh Berita Harian


KOMBINASI gambar NASA menunjukkan perkembangan sinaran cahaya luar biasa pada matahari dilaporkan boleh mengganggu sistem komunikasi pesawat dan satelit.

DELTA Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia elak ribut suria.

DETROIT: Syarikat penerbangan Delta Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia untuk mengelak sistem komunikasi pesawatnya terganggu disebabkan ribut suria yang turut mengandungi unsur radiasi.

Ribut itu dianggap terkuat sejak enam tahun lalu dilaporkan menyebabkan gangguan kecil kepada beberapa pesawat firma penerbangan Amerika Syarikat. Justeru, Delta membuat keputusan mengubah laluan beberapa penerbangan dan perubahan itu menambah 15 minit masa ketibaan pesawat. “Kami berdepan beberapa ribut suria di langit yang memberi impak kepada negara di hemisfera utara. Ia boleh memberi kesan kepada kemampuan komunikasi.

“Secara asasnya laluan pesawat ke arah kutub dilencongkan lebih ke selatan berbanding biasa,” kata jurucakap syarikat, Anthony Black.

Jurucakap syarikat penerbangan United Airlines, Mike Trevino, pula berkata syarikat itu melencongkan laluan satu pesawat Isnin lalu kerana ribut itu.

American Airlines melaporkan, setakat ini ribut itu tidak memberi impak kepada operasinya tetapi mereka terus mengawasi perkembangan atmosfera, kata jurucakapnya, Ed Martelle. – Reuters

No comments: