09 January 2012

Anwar Tidak Bersalah - Bebas Tuduhan Liwat

Berita Terkini Anwar Ibrahim Kes Liwat - Anwar Ibrahim Bersih
MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR TAK BERSALAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.


LIWAT IV - Mahkamah Tinggi Memutuskan Anwar Ibrahim Tidak Bersalah - Bebas Dari Tuduhan Meliwat


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.

Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.

“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.

Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.

DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.


Himpunan 901: Anwar didapati tidak bersalah

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

9.05 am: Ketibaan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.
 
9.00 am: Ketibaan Presiden PAS Hadi Awang.
 
8.44 am: Kira-kira 5,000 orang berkumpul di tempat letak kereta. Pemerhati SUHAKAM dan Majlis Peguam berada di situ.
 
8.30am: Anwar Ibrahim tiba. Disambut dengan laungan "Reformasi". Meskipun sesak, namun tiada kekecohan berlaku. Dalam twitter, Anwar menulis, "Kita mendoakan yang terbaik, di mana keadilan ditegakkan, tetapi bersedia untuk yang terburuk. "
 
8.20 am: Lebih 2,500 orang berkumpul di tempat letak kereta.

7.45 am: Ketibaan Sasterawan Negara, A.Samad Said.

6.20 am: Ratusan orang berarak memasuki kawasan letak kereta di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.  Ramai yang bertopengkan wajah Anwar Ibrahim, dan memakai riben kuning.  Helikopter polis kelihatan berlegar di langit.

6.00 am: Polis membenarkan kira-kira 30 orang peserta perhimpunan melepasi halangan di jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Ramai yang berpayung dalam hujan.

No comments: