05 January 2012

SALAM GENGSTER


SALAM GENGSTER
Gengster ada cara tersendiri untuk bersalam sesama mereka. Jika cara bersalam mereka pelik, maka mereka ini mungkin telah menyertai kumpulan gengster.

KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.


 Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.


Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa. 


 “Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.

No comments: