09 January 2012

Lee Chong Wei Berita Terkini - Lee Chong Wei Menang - Lin Dan Kalah

Datuk Lee Chong Wei atasi Lin Dan
KUALA LUMPUR: Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 pada final kejohanan badminton dunia Terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul sebentar tadi.


Najib ucap tahniah kepada Chong Wei
Disediakan oleh Berita Harian


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.

"Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini," kata Najib menerusi mesej Twitter beliau hari ini. Najib berada di Afrika Selatan untuk lawatan kerja dua hari dan menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah negara berkenaan, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Chong Wei mengalahkan seteru utamanya yang juga juara Olimpik, Lin Dan, dari China dalam permainan rubber set, 12-21, 21-18 dan 21-13.

Ini kemenangan pertama Chong Wei dalam kempen badminton 2012 beliau. - BERNAMA

No comments: