Babi hutan memang binatang yang amat ganas. Binatang ini suka menyondol orang juga. Satu hari babi hutan sudah sondol itu tukang kebun sampai berdarah juga. Tetapi tukang kebun ini telah mengoyakkan mulut babi kerana babi hutan ada taring. Taring babi hutan sungguh tajam. Oleh itu elakkan diri daripada bertemu babi hutan. Jika kamu bertemu babi hutan kamu hendaklah berlari zig zag. Ini kerana babi hutan tidak boleh berlari zig zag. Babi hutan cuma berlari lurus sahaja. Begitulah tips dan petua jika kamu dikejar babi hutan yang amat ganas seperti di dalam berita ini. Berat babi hutan itu 120 kilogram jugalah.
Koyak mulut babi hutan untuk elak ditusuk taring
NORDI ditemani isterinya, Siti Rohani Saad ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani semalam.
ALOR SETAR – “Saya kuatkan diri koyak mulut babi hutan setiap kali ia mahu sondol saya kerana takut taringnya tertusuk pada perut dan bahagian badan lain yang boleh menyebabkan saya hilang nyawa.”
Demikian cerita seorang tukang kebun, Nordi Said, 51, mengenai saat-saat cemas selama 10 minit dia terpaksa bergelut dengan seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini.
Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi kelmarin, Nordi cedera parah akibat disondol haiwan itu di seluruh badan termasuk di kepala, dada dan kedua-dua belah kakinya.
Bercerita lanjut, Nordi memberitahu, dia tidak menyangka tindakannya keluar dari rumah untuk melihat punca bunyi bising zink membawa padah apabila diserang seekor babi hutan seberat kira-kira 120 kilogram.
No comments:
Post a Comment