Mahu awet muda cukup mudah. Ini kerana dengan melakukan senaman kardio, boleh awet muda selalu. Kalau tidak percaya, cubalah lakukan senama kardio selama beberapa tahun, pasti selepas beberapa tahun tidak akan tua, kerana sudah awet muda bagaimana mahu tua lagikan? Oleh itu jika mahu tahu apa petua awet muda ka tips awet muda ka baiklah kamu melakukan senaman kardio supaya kamu boleh awet muda juga.
Senaman kardio, awet muda
KINI, menjaga kesihatan dan kesegaran badan tidak lagi dipandang remeh lebih-lebih lagi golongan wanita berbanding sebelum ini.
Berhadapan kemungkinan pelbagai jenis penyakit, lebih baik membekalkan diri dengan sesuatu yang diperlukan untuk menjaga kesihatan lantas memiliki kualiti hidup yang lebih bagus.
sebelum selepas
JULIA...aktiviti sukan ini mampu uji ketahanan fizikal dan mental.
RADKA...elakkan karbohidrat menjelang hari perlumbaan.
NURUL AIN...pembakaran kalori dan lemak.
Salah satu cara bagi memastikan tahap kesihatan yang baik adalah melalui sukan duatlon iaitu berlari, berbasikal dan berlari semula.
Tergolong dalam sukan lasak, duatlon memerlukan tenaga dan ketahanan diri yang tinggi bagi menempuh setiap disiplin.
Menurut juara tiga kali Malakoff Powerman Malaysia 2011 bagi kategori wanita elit, Radka Vodickova, 27, sukan duatlon mampu membuatkan badan menjadi sihat kerana rutin larian dan berbasikal yang menggunakan serta menggerakkan anggota badan.
“Mengayuh basikal boleh menguatkan otot betis dan paha serta lengan. Proses itu sama saja dengan keadaan ketika berjalan atau berkebun tetapi bezanya cuma ia bergerak dengan lebih cepat.
“Anggap proses ini seperti senaman yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti naik atau turun tangga, lari setempat atau berjalan jauh.
“Selain menjimatkan kos, aktiviti larian dan berbasikal banyak manfaatnya.
Menerusi senaman kardio ini, ia mampu menguatkan tubuh serta menjadikan kita awet muda,” katanya.
Mengapa hanya dengan melakukan senaman larian, kita boleh mempertahankan diri supaya kelihatan muda?
Pada pandangan Radka, jika jantung dan tulang dapat berfungsi dengan baik serta lancar, maka ia boleh mengekalkan kejelitaan seseorang wanita.
Katanya, jisim tulang pelari ternyata lebih baik daripada atlet lain. Malah, kepadatan tulang pelari dengan penunggang motosikal juga berbeza.
Mengikut kajian Universiti Missouri, Amerika Syarikat, 63 peratus penunggang mempunyai jisim tulang yang kurang baik, sedangkan pelari hanya 19 peratus saja.
“Selain itu, menerusi pengalaman saya, seseorang yang kerap berlari membuatkan dirinya berfikir dengan lancar, jarang melakukan kesilapan dalam pekerjaan, memiliki tumpuan yang baik dan lebih produktif berbanding mereka yang jarang melakukan aktiviti itu.
“Larian juga membolehkan keadaan jantung menjadi lebih baik dan tidak mengalami masalah tekanan darah seperti kebanyakan orang lain yang jarang berlari.
“Sistem pernafasan lebih lancar, imun tubuh lebih kuat dan agak sukar untuk kita terkena selesema,” katanya.
Berkongsi pengalaman pembabitannya dalam sukan duatlon ini, Radka berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka kerana kerjaya tetapnya adalah sebagai atlet triatlon.
Jika rakan wanitanya yang lain lebih suka memanjakan diri di salon, dek menggemari aktiviti lasak seperti merentas desa, berlari dan berenang sewaktu remajanya, Radka lebih selesa memilih bidang itu sebagai profesionnya yang kini sudah menjangkau 10 tahun.
Tiada istilah kesal dalam hidupnya kerana memilih bidang ini yang memerlukannya melakukan pengorbanan besar daripada aspek fizikal, mental dan masa.
Bercerita mengenai rutin hariannya sebagai atlet duatlon dan triatlon, Radka akan memperuntukkan tiga hingga lima jam sehari untuk latihan larian, renang dan berbasikal.
“Setiap hari saya lakukan latihan kerana ia penting untuk stamina dan mengukur kemampuan diri seperti setakat mana kita boleh mencapai satu-satu catatan masa.
“Namun harus diingat, diet atau pemilihan makanan penting tetapi ada juga yang tidak begitu mengambil berat mengenainya. Seperti saya, semua jenis makanan saya suka kerana selepas melakukan latihan, badan saya akan membakar kalori.
Sebab itu, saya tidak terlalu kisah.
“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum pertandingan, saya elakkan mengambil makanan berminyak dan lebihkan pengambilan karbohidrat seperti roti putih dengan jem atau pasta, protein dan sayur-sayuran.
“Ramai yang menganggap karbohidrat perlu dikurangkan tetapi hakikat sebenarnya, ia nutrisi asas yang diperlukan dan kepentingan utama bagi keperluan badan pada setiap sesi makan. Karbohidrat sangat penting pada setiap waktu makan kerana ia penyumbang tenaga utama kepada kita.
“Paling penting, setiap individu tahu keperluan kalori mereka kerana setiap orang berbeza keperluannya berdasarkan berat, tinggi, umur, jantina dan rutin hariannya.
“Saya juga gemar minuman yogurt yang elok untuk kesihatan badan,” katanya yang mempunyai jurulatih peribadi untuk memantau perkembangan kariernya.
Turut setuju dengan kata-kata Radka ialah seorang lagi peserta kejohanan, Julia Mohd Hasan, 40, yang menyifatkan aktiviti sukan begini selain menguji ketahanan fizikal diri, ia juga mempengaruhi kesihatan mental.
Larian 15 kilometer (km) dan berbasikal (40km) atau 7km larian serta 11km berbasikal berganti-ganti bukan semudah disangka kerana ia memerlukan tenaga yang tinggi.
“Ini kali pertama saya turut serta dalam pertandingan duatlon kerana sebelum ini hanya menemani suami saja yang sudah tiga tahun terbabit dalam pertandingan ini.
“Beberapa bulan sebelum pertandingan, saya lebih kerap bersenam di gimnasium.
Persediaan ini harus dilakukan supaya kita boleh mendapatkan rentak dan tidak mengalami masalah lain seperti kecederaan serius ketika hari pertandingan.
“Saya lebihkan pengambilan karbohidrat dan protein yang boleh membekalkan tenaga. Selain itu, saya juga berlatih di luar supaya dapat membiasakan diri dengan cuaca panas di sini.
“Jika dilihat, memang nampak janggal kerana saya menyertai sukan ini pada usia yang agak lewat. Tetapi pada pandangan saya, apabila kita berniat bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu dan berusaha ke arah itu, insya-Allah kita pasti berjaya.
“Jadi, saya rasa tidak terlewat aktif dalam duatlon dan saya berjaya membuktikan faktor usia bukan penamat segala-galanya. Anggap ia sebagai satu cabaran baru yang menguntungkan dan memberi kelebihan pada diri sendiri.
“Apabila orang lain mengatakan anda perlu berhenti melakukan sesuatu kala usia meningkat, abaikan saja kerana kita lebih faham dengan keadaan dan kehendak diri sendiri.
“Tidak dinafikan saya berdepan pelbagai kesukaran ketika menyertai pertandingan ini tapi minat dan keinginan untuk berjaya mengatasi segalanya.
Sama ada kita mahu atau tidak, itu saja,” katanya.
Penyertaan sulung Nurul Ain Ahmad Shahuri, 26, pada kejohanan Malakoff Powerman 2011 pula memberikan pengalaman paling berharga kepadanya kerana tidak menyangka mampu bersaing bersama ratusan atlet profesional dari dalam dan luar negara.
Hanya sekadar mahu mencuba, pembabitan tidak disengajakan itu bermula daripada ajakan bapa saudara dan keluarga.
“Sebelum ini saya hanya bergiat aktif dalam maraton dan tidak pernah mencuba duatlon. Latihan dilakukan juga tidak terlalu insentif, hanya bersenam di gimnasium, joging dan berbasikal di taman selama tiga kali seminggu.
“Diet tidak terlalu berat kerana saya suka makan tetap menjauhi makanan berminyak dan lebihkan karbohidrat seperti roti serta spageti.
“Saya makan apa saja makanan kerana melalui senaman, kalori dan lemak yang terkumpul akan terbakar lalu badan kita kekal sihat.
“Selain ketahanan fizikal, keadaan mental seseorang perlu bersedia menerima cabaran kerana bukan mudah mengimbangi kehendak badan dan minda.
“Pada satu tahap, pasti badan akan penat sehingga terlintas untuk berhenti.
Justeru, pada tahap beginilah keperluan mental amat berguna iaitu bagaimana kita mahu berfikir dan menolak badan agar terus mencuba tanpa berputus asa,” katanya.
Kejohanan berprestij yang mempertandingkan acara berlari-berbasikal-berlari itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM132,000.
Powerman Malaysia adalah sebahagian daripada Siri Powerman Antarabangsa perlumbaan berlesen Persatuan Powerman Antarabangsa (IPA).
Kejohanan di Manjung, Perak, ini adalah kejohanan kelayakan Asia tunggal untuk ke Kejohanan Dunia Powerman di Zofingen, Switzerland.
No comments:
Post a Comment