28 November 2011

Penjagaan Gigi - Gi Gi Gi

Jika kamu sakit gigi, biasanya kamu pergi ke klinik gigi kerajaan untuk berjumpa doktor, bukan bertemu Gigi Lai atau Gigi Leung jugalah. Jika mahu putihkan gigi kamu hendaklah mengosok gigi kamu sentiasa dan ingatlah bahawa penjagaan gigi sangat penting demi masa depan kamu. Ada orang suka makan cupcakes wedding tetapi gula di dalam cupcake kalau berlebihan boleh menjadi punca gigi rosak jugalah.    

Sebelum kamu pergi ke klinik gigi kerajaan yang berada di mana-mana, kamu hendaklah memastikan gigi kamu digosok kerana jika penjagaan gigi kamu tidak betul, awek pun boleh lari. Tips putihkan gigi sangat senang, iaitu sentiasa gosok gigi jugalah.
Atasi masalah ngilu gigi

SEBUT saja mengenai makanan, pasti banyak yang bermain di fikiran sama ada aiskrim, ais kacang, cendol, kari ayam, daging, laksa, kopi, bubur cha-cha ataupun tomyam.

Namakan apa saja jenis hidangan, ramai yang tidak dapat menahan diri daripada menikmatinya, namun bagi mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, setiap hidangan terbabit pasti memberikan satu pengalaman menyakitkan.

Gigi sensitif adalah ketidakselesaan pada gigi disebabkan makanan dan minuman panas, sejuk, manis atau masam ataupun hanya setakat menikmati udara sejuk.

Rasa sakit yang dialami biasanya tajam dan mendadak serta boleh menusuk hingga ke hujung saraf gigi walaupun kesakitan yang dialami hanyalah untuk beberapa saat saja tetapi amat menyeksakan.


Keadaan ini berlaku apabila dentin iaitu lapisan tengah gigi terdedah, kebiasaannya dentin disaluti lapisan enamel di atas gusi dan simentum di bawah gusi.


Dentin mempunyai lubang kecil dipanggil tubul dan dalam setiap tubul pula memiliki cabang saraf berasal daripada pulpa gigi ataupun pusat saraf gigi.

Apabila dentin terdedah, keadaan suhu dan tekanan terlalu tinggi atau terlalu rendah yang berlaku pada bahagian berkenaan boleh menjejas cabang saraf ini.

Bagi Raja Mohd Adzreen Raja Adnan, 28, dia mengalami masalah gigi sensitif sejak kanak-kanak lagi terutama membabitkan makanan ataupun minuman sejuk atau berais.

Menurutnya, walaupun sakit ketika menikmati hidangan berkenaan, ia tidak menjadi penghalang kerana dia amat menggemarinya.

“Rasa ngilu dan menyucuk yang terhasil apabila memakan makanan sejuk banyak berlaku di bahagian geraham gigi saya dan ia amat menyakitkan serta berlaku untuk beberapa ketika.

“Walaupun menyakitkan, saya tidak pernah mengehadkan jumlah pengambilan hidangan sejuk berkenaan, tetapi cuba menikmatinya secara perlahan-lahan agar tidak memberi kesan yang teruk pada gigi,” katanya.

Katanya, jika ia berlaku di rumah dia mengamalkan menggosok gigi sekiranya mengalami rasa ngilu dan cara itu mampu mengurangkan sakit yang dialami.

“Malah saya turut menggunakan petua tradisi orang tua iaitu dengan berkumur menggunakan air garam bagi menghilangkan rasa ngilu terbabit.

“Namun, kini saya mula menggunakan pemakaian ubat gigi untuk gigi sensitif dan ia ternyata mampu mengurangkan permasalahan dialami,” katanya.

Sementara itu, Mutia Rahmi, 48, berkata, kadang-kadang dia akan berasa ngilu pada gigi terutama selepas menikmati hidangan yang mempunyai rasa masam yang kuat.

Katanya, jika ia berlaku kesakitan yang dialaminya amat ketara dan rasa menyucuk terasa seolah-olah hingga ke kepala.

“Saya mengalami masalah gigi sensitif ini sejak tiga tahun lalu dan ia sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian terutama apabila menikmati makanan di restoran.

“Boleh dikatakan kualiti untuk menikmati makanan juga hilang kerana kesakitan yang dialami sungguhpun untuk jangka masa pendek,” katanya.

Mutia berkata, kini dia banyak menggunakan buat gigi yang boleh membantu mengurangkan masalah gigi sensitif ini dan ia membuahkan hasil walaupun masalah berkenaan masih ada.

Oleh itu, jenama terkemuka penjagaan gigi, Colgate memiliki cara terbaik untuk membantu mereka yang menghadapi masalah gigi sensitif ini dengan memberikan kelegaan segera menggunakan formula ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief Multi-Protection.

Jenama ini memiliki formula unik Pro-Argin yang boleh menyekat kesakitan secara serta-merta selain memberikan kelegaan daripada gigi sensitif.

Sementara ubat gigi sensitif berasaskan kalium lain hanya bertindak menyebabkan rasa kebas, Colgate Sensitive Pro-Relief Multi-Protection pula bertindak sebaik saja ia digunakan secara langsung dengan mengusap pada gigi yang terjejas secara perlahan-lahan selama satu minit.

Malah, teknologi ini juga mengandungi arginina iaitu asid amino yang terdapat dalam air liur serta kalsium karbonat bagi memberikan manfaat perlindungan kesihatan mulut semula jadi bagi jangka masa lebih lama.

Ia bertujuan membina benteng pertahanan berpanjangan bagi gigi anda untuk melindungi serta menghindarkan anda daripada masalah gigi sensitif.

Selain itu, melalui penggunaan yang teratur ia juga memberikan enam manfaat terbaik bagi memperoleh gusi dan gigi yang sihat.

Antaranya ia menghalang pengumpulan kaviti, menyingkirkan plak gigi, menggalakkan kesihatan gusi, menguatkan enamel, menghilangkan kotoran pada gigi serta menyegarkan bau nafas.

Ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief Multi-Protection ini boleh didapati di semua pasar raya besar dan farmasi seluruh negara pada harga RM12.90.

Untuk mendapatkan penjagaan oral yang lebih berkesan, gunakan ubat gigi ini dua kali sehari bersama berus gigi Colgate 360 Sensitive dan ubat kumur Colgate Plax Sensitive.

Colgate Sensitive Pro-Relief juga memiliki dua variasi berbeza iaitu ubat gigi versi asas yang boleh membantu mengurangkan masalah hiper sensitif dentin dengan penggunaan yang teratur serta Colgate Sensitive Pro-Relief Whitening yang menawarkan faedah serta teknologi canggih dengan manfaat tambahan tindakan pemutihan lembut pada gigi untuk senyuman lebih berseri.

No comments: