Melambung disondol babi hutan
HMETRO
KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang sedang menoreh bersama isteri di kebun getah di Lata Papan, Penjom, di sini, terpaksa menempuh azab selama beberapa minit sebelum meninggal dunia akibat disondol babi hutan yang melambung dan mencampakkannya ke dalam parit, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Wahab Saad, 59, dari Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana lemas di dalam parit dan cedera parah di tubuh selain patah kedua-dua kaki serta tangan.
Turut diserang, rakannya, Chong Ching, 68, yang juga cedera tetapi terselamat selepas dia nekad bergelut dengan binatang berkenaan yang dipercayai tersesat dari hutan berhampiran.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, isteri Wahab, Napsiah Aman, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk.
Menurutnya, mangsa bersama isterinya dikatakan tidak menyedari kehadiran haiwan setinggi kira-kira satu meter dengan taring yang panjang itu ketika asyik menoreh sebelum Wahab disondol beberapa kali.
Katanya, akibat serangan itu mangsa melambung dan terhempas ke dalam parit yang mempunyai air sedalam kira-kira dua meter.
“Selepas menyerang Wahab, binatang itu mengamuk dan berlari ke kebun berhampiran lalu menyondol Ching yang ketika itu sedang menoreh menyebabkan warga emas itu cedera.
“Bagaimanapun, Ching nekad mempertahankan diri dan bergelut dengan binatang berkenaan walaupun dia sendiri bermandikan darah akibat cedera terkena taring babi hutan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, babi hutan itu kemudian dibunuh warga emas terbabit menggunakan parang sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah.
Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan penduduk menemui mayat Wahab dalam parit dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk dibedah siasat.
Abdul Razak berkata, Ching turut dikejar ke HKL namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh, untuk rawatan lanjut kerana kecederaannya parah.
“Hasil bedah siasat di HKL mendapati Wahab disahkan meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan parah akibat diserang babi hutan tetapi kerana lemas dalam parit,” katanya.
Bagaimanapun, polis mengesahkan kejadian terbabit tidak mempunyai unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

No comments:
Post a Comment