Dua beranak jual alat seks
KAJANG: Dua beranak yang sedang menjalankan perniagaan menjual peralatan seks terus ke rumah pelanggan sebaik menerima tempahan menerusi poster yang ditampal di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, ditahan di sini, Jumaat lalu.
Kedua-dua beranak berusia 17 dan 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Long, jam 5.30 petang.
Hasilnya, polis merampas pelbagai alat mainan seks bernilai RM8,000. Mereka dipercayai aktif menjalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu. Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 21 tahun. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, semua peralatan seks yang ditemui dipercayai diimport dari negara jiran.
Menurutnya, perniagaan itu cukup mudah iaitu mereka hanya perlu menunggu pelanggan membuat panggilan berdasarkan nombor telefon tertera pada poster yang ditampal di tempat tumpuan orang ramai di Lembah Klang sebelum membuat penghantaran terus ke rumah bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. Katanya, suspek mengakui jualannya mendapat sambutan menggalakkan.
Mohd Sakaruddin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan kini direman.
Dalam kes berasingan, dua wanita warga Indonesia ditahan mengikut Akta Pemerdagangan Manusia (ATIP) selepas dipercayai menyembunyikan 12 wanita negara itu berusia 14 hingga 42 tahun sebagai pembantu rumah tanpa sebarang upah sejak empat bulan lalu.
Sumber : Harian Metro

No comments:
Post a Comment