06 November 2011

Polis tahan lelaki penganggur ugut guru di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki di Selangor Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut dan mencederakan seorang guru wanita di negeri ini. Jahat sungguh lelaki itu kerana mengugut guru. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata lelaki berusia 32 itu ditahan di Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4.40 petang oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL). Lelaki itu sudah berusia 32 tahun tetapi masih belum berkahwin.

"Lelaki berkenaan dibawa balik ke IPDTL bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang guru wanita yang mendakwa diugut dan dikasari bekas teman lelakinya itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Lelaki jenis apakah yang sanggup mengugut guru wanita dan mengasari wanita?

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Rupa-rupanya lelaki tersebut tidak bekerja. Adakah dia seorang yang sensitif dan panas baran menyebabkan dia tidak dapat kekal lama dalam satu-satu pekerjaan atau sememangnya lelaki tersebut malas bekerja?

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang guru berusia 29 tahun mendakwa dikasari bekas teman lelakinya secara fizikal dan mental. Wanita itu dalam laporannya mendakwa dipukul, dicekik dan diugut dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000. - Diubahsuai dari BERNAMA

No comments: