JOHOR BHARU: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin berkata cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) untuk menghentikan pinjaman perbelanjaan boleh menimbulkan masalah kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berkemampuan. Apabila pinjaman susah diperolehi maka ramailah pelajar institusi pengajian tinggi yang akan bekerja sambilan. Bagaimanalah agaknya budak-budak zaman sekarang yang manja-manja semuanya ni nak bekerja sambilan?
Sambil menyifatkan cadangan yang akan dilaksanakan mulai 2013 sebagai tidak tepat, Mohamed Khaled berkata ini kerana kos sara hidup yang dihadapi pelajar IPT khasnya di kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan miskin, adalah
tinggi.
Katanya, PTPTN belum mengemukakan cadangan itu, tetapi jika ia dikemukakan
kementerian akan memperhalusi perkara itu dengan mengambil kira kriteria
penuntut yang layak mendapat pinjaman perbelanjaan PTPTN. Ada golongan yang kaya-raya tetapi masih buat pinjaman.
"Saya percaya perlu ada pinjaman untuk menampung sara hidup lebih-lebih lagi
kepada golongan yang kurang bernaib baik dan miskin," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian pertandingan bola
keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Baharu di sini, hari ini. Betul tu.
Semalam, Pengerusi (PTPTN) Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan berkata
perbadanan itu bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada
penuntut IPT bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, katanya, pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diberikan
seperti biasa.
Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman
dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.
--Diubahsuai daripada BERNAMA
No comments:
Post a Comment