Jumaat, 2008 Jun 06
KUALA LUMPUR: Berhati-hati jika didatangi gadis menawarkan khidmat seks percuma. Dia mungkin diupah kumpulan lelaki untuk mengugut mangsa kemaruk seks.
Gadis terbabit dihantar sebagai umpan menggoda lelaki yang kemudian dibawa ke lokasi tertentu untuk melakukan ‘projek’ sebelum diekori rakan lelakinya.
Sejurus menjejakkan kaki di hotel atau rumah bersama gadis terbabit, beberapa lelaki akan menyerbu dan menggertak mangsa dengan mendakwa gadis itu adik atau saudara mereka.
Mereka akan menuduh mangsa cuba melarikan gadis terbabit serta meminta sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes tanpa membabitkan polis.
Jika enggan menjelaskan bayaran itu, mereka mengugut akan menghubungi jabatan agama kononnya mangsa membuat maksiat.
Gentar dengan ugutan itu yang boleh menimbulkan malu memaksa mangsa menyerahkan wang dan barang berharga kepada kumpulan lelaki terbabit.
Dalam kes terbaru, seorang lelaki menjadi mangsa kumpulan terbabit apabila dia diugut memberi wang selepas membawa pulang seorang gadis yang ditemuinya di sebuah pasar raya di ibu kota.
Menceritakan pengalaman pahitnya, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 22, berkata dia ketika itu sedang menunggu rakan berhampiran sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang gadis tidak dikenali.
Gadis terbabit menyapanya serta memperkenalkan diri sebagai Wati dan memberitahu dia turut menunggu rakan. Mereka berdua berborak kira-kira setengah jam.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit gadis itu berbunyi dan dia memberitahu rakannya tidak dapat bertemu sebelum mengajak saya minum di restoran berhampiran.
“Tanpa perasaan curiga, saya mengekorinya dan kami sama-sama berbual di restoran terbabit,” katanya.
Gadis terbabit kemudian meminta dia menemaninya bersiar-siar kerana rakannya tidak dapat bertemunya pada hari itu.
“Saya menghubungi rakan dan membatalkan temu janji pada hari itu semata-mata mahu menemani Wati yang kononnya keseorangan,” katanya.
Ketika bersiar-siar, gadis itu memberitahu Azam, dia tidak kisah dibawa ke mana saja asalkan dapat menghilangkan kesunyian.
Malah, dia tanpa segan silu memberitahu sedia membuat hubungan seks asalkan ada tempat sesuai.
Azam yang tertarik dengan tawaran gadis itu membawanya pulang ke rumah sewa.
Namun, sebaik menjejakkan kaki ke rumah, dia terkejut apabila pintu rumahnya diketuk kuat sebelum mendapati tiga lelaki dengan muka bengis menyuruhnya membuka pintu.
Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa disoal bertalu-talu kumpulan lelaki berkenaan kononnya mendakwa dia melarikan adik mereka yang dicari selama ini.
Kata Azam, ketika itu, dia langsung tidak diberi kesempatan menceritakan keadaan sebenar, malah gadis terbabit hanya mendiamkan diri.
“Saya memang tidak tahu mereka merancang merompak saya. Berikutan itu, saya kerugian hampir RM2,000 apabila mereka mengambil wang dan telefon bimbit selepas mengugut melaporkan kepada polis dan jabatan agama,” katanya.
Mangsa enggan membuat laporan polis kerana malu walaupun menyedari diperangkap kumpulan terbabit.
“Saya menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu wanita yang baru dikenali,” katanya. - Sumber

No comments:
Post a Comment