04 October 2009

Kelasi Tayang Kemaluan

Sabtu, 2008 Mei 10

KUANTAN: Seorang kelasi sebuah bot pengangkut pelbagai barangan keperluan ke Pulau Tioman yang dikatakan gagal mengawal nafsu bertindak liar dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita warga asing di Pulau Tioman, kelmarin.

Lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Jitra, Kedah, terbabit dikatakan melihat wanita berusia 42 tahun itu sedang berehat di hadapan chalet kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata selepas lelaki terbabit melihat wanita warga Belanda itu, dia kemudiannya berasa ghairah, membuka pakaiannya dan menunjukkan kemaluan.

“Kerana ketakutan melihat gelagat lelaki terbabit, mangsa terus bertindak menghubungi pihak keselamatan dan lelaki itu kemudiannya ditahan pihak keselamatan chalet berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan pihak keselamatan itu selepas maklumat peribadi lelaki terbabit diambil.

“Bagaimanapun, mangsa turut membuat laporan polis dan polis kini sedang mengesan lelaki terbabit yang identitinya sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sumber

No comments: