04 October 2009

Cerita Cium Isteri Orang

Sabtu, 2008 Mei 10

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak dapat menahan nafsu lalu bertindak kurang sopan dengan mencium isteri orang, seorang jurujual terpaksa membayar harga yang mahal apabila diperas ugut suami wanita itu supaya membayar wang `tebus dosa' sebanyak RM3,600.

Mangsa yang berusia 30-an dipaksa membayar wang berkenaan selepas suami wanita itu naik angin dengan tindakan mangsa menyentuh isterinya.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yee. dikatakan menemui wanita terbabit yang juga bekas kekasihnya di rumah wanita berkenaan di Sentul, di sini.

Difahamkan, mangsa dan wanita terbabit sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta sebelum berpisah kira-kira enam tahun lalu.

Akibat gembira dan teruja sebaik bertemu semula dengan bekas kekasih lamanya itu, Yee didakwa mencium wanita itu dengan penuh perasaan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata mangsa langsung tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu yang sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, bala mula menimpa tiga hari kemudian apabila seorang lelaki tiba-tiba menghubungi Yee dan menyatakan rasa marahnya kerana mendakwa mangsa mencium isterinya.

“Yee dikatakan ragu-ragu dengan kenyataan lelaki terbabit sambil bertanya sama ada suspek mempunyai bukti menunjukkan dia mencium wanita berkenaan.

Suspek kemudian memberitahu mempunyai rakaman kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mangsa ‘mencabul' isterinya dengan menganggap perbuatan itu sebagai biadab dan boleh didakwa di mahkamah.

“Mangsa cuba mempertahannya diri dengan mendakwa tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu sambil memberitahu tindakannya turut mendapat tindak balas positif daripada wanita berkenaan,” katanya. - Sumber

No comments: