28 August 2009

Golongan dibenarkan berbuka puasa

Golongan dibenarkan berbuka puasa
Zamanuddin Jusoh (Menerusi BERITA HARIAN)

SIAPAKAH orang yang dibenarkan berbuka pada Ramadan dan adakah mereka wajib menggantikannya (qada)?

Antara mereka yang dibenarkan berbuka ialah:

  • Orang tua yang uzur. Mereka diwajibkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah sebanyak satu cupak untuk satu hari (anggaran 675 gram = RM1.75) dan tidak wajib menggantikan puasanya (qada) mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Maliki.
  • Orang sakit yang tiada harapan sembuh juga sama hukumnya sama seperti golongan uzur mengikut pendapat tiga imam tadi. Antara penyakit itu ialah: leukemia, kanser usus, Aids, meningitis (jangkitan selaput otak), pneumonia (jangkitan paru-paru), pyelonephritis (jangkitan saluran kencing) dan septisemia (pemusnahan tisu akibat bakteria di dalam saluran darah).
  • Orang yang bermusafir sejauh dua marhalah (88.7 km) yang membolehkannya sembahyang qasar. Syaratnya, ketika musafirnya sebelum terbit fajar. Haram berbuka bagi mereka yang bermusafir di siang hari mengikut pendapat Imam Syafie. Beliau juga berpendapat bagi yang bermusafir pada suatu waktu saja iaitu bersifat sementara (tidak kekal musafir). Mereka diwajibkan menggantikannya pada waktu lain. Manakala bagi yang sentiasa bermusafir tidak diharuskan berbuka kerana tiada ruang masa untuk mengqadanya.
  • Ibu hamil yang bimbang terhadap dirinya atau janin di dalam perutnya diharuskan berbuka mengikut pendapat Syafie dan Hanafi. Jika akan berlaku kemudaratan kepada salah satu dari keduanya maka jumhur ulama berpendapat ia wajib berbuka. Ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan (Al-Baqarah: 195). Begitupun ibu yang menyusukan anaknya. Maka diwajibkan menggantikan puasa serta membayar fidyah (satu cupak) jika dibimbangi terhadap janinnya saja. Jika bimbang terhadap keduanya maka diwajibkan qada saja tanpa diwajibkan membayar fidyah. Mengikut pendapat Imam Syafie, hukumnya sama juga bagi mereka yang mengambil upah menyusukan anak atau mendermakan-nya jika tiada orang lain yang tampil membantu.
  • Mereka yang bekerja berat sehingga terpaksa berbuka seperti pekerja di sektor pertanian, pembinaan dan lain-lain dengan syarat tiada pekerjaan lain untuknya meneruskan kehidupan. Bagaimanapun hendaklah dia berniat puasa pada malamnya dan jika dia tiada berdaya lagi bolehlah dia berbuka dan wajib menggantikan pada hari yang lain (qada).

Seseorang meninggal dunia sedangkan dia masih belum melunaskan qada puasa yang lalu dan walhal dia berupaya melakukannya ketika hayatnya. Adakah dibolehkan ahli keluarganya menggantikan puasa bagi pihaknya?

Rasulullah SAW bersabda melalui hadis Aisyah RA bermaksud: “Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai kewajipan puasa, maka hendaklah digantikan oleh ahli keluar-ganya (walinya). (Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam Musnad-nya).

Berdasarkan hadis ini, adalah disunatkan bagi keluarga si mati menggantikan puasa orang yang meninggal tanpa membayar fidyah. Boleh juga puasa ini dilakukan orang lain tetapi selepas mendapat keizinan dari ahli keluarga si mati.

Pernah datang seorang lelaki berjumpa Nabi SAW lalu bertanya : “Wahai Rasulullah, ibu saya meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa selama sebulan, bolehkah saya mengqadakan puasa itu bagi pihaknya ? Maka sabda Rasulullah yang bermaksud : “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah kamu akan membayar hutangnya? Maka jawab lelaki itu: `Ya`. Maka Rasul SAW bersabda: Hutang kepada Allah adalah lebih perlu untuk dibayar. (Riwayat Ahmad).

Bagaimanapun diharamkan bagi seseorang mewasiatkan kepada keluarganya untuk menggantikan puasanya sedangkan dia masih hidup.


Antara berbuka puasa dan solat Maghrib. Yang manakah patut didahulukan?

Sunat berbuka dulu sebelum solat dengan tamar atau air sebelum sembahyang. Dari Anas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa biji kurma atau dengan beberapa teguk air saja. (Riwayat Abu Daud).

Jika makan sudah dihidangkan maka diharuskan kita mendahului makan berdasarkan sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika makan malam sudah dihidangkan, maka makanlah dulu sebelum solat Maghrib, janganlah kamu melengahkannya.

Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW bermaksud: “Apabila bertembung antara makan malam dan solat Isyak maka didahulukan makan malam”. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada individu masing-masing yang lebih mengetahui mengenai dirinya sendiri.
_________________________________
hukum puasa fidyah ganti puasa musafir orang tua uzur penyakit qada puasa ganti puasa orang mati meninggal dunia wakil puasa bayar ibu hamil

23 August 2009

Foto Obama-Joker cetus kontroversi

Foto Obama-Joker cetus kontroversi
GAMBAR Obama-Joker banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika. Perbuatan pelajar disifatkan sebagai 'budaya keganasan'

CHICAGO: Seorang pelajar di sini menjadi tumpuan selepas mencipta gambar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sebagai 'The Joker', iaitu watak dalam filem Batman: The Dark Knight, foto yang dibuang dari laman web Flickr.

Tindakan pengendali laman berkongsi gambar itu, bagaimanapun, hanya dilakukan dua bulan selepas seorang penggunanya, Shepherd Johnson mendedahkan dia mempunyai 1,200 foto berkenaan, lapor Sydney Morning Herald.

Pelajar yang mencetuskan kontroversi gambar itu, Firas Alkhateeb, diharamkan daripada laman itu lagi selepas meninggalkan komen pada laman rasmi Rumah Putih di web berkenaan.

Alkhateeb dalam ulasannya mengkritik keputusan pentadbiran Obama untuk tidak menyiarkan kepada umum gambar seksaan tahanan tentera Amerika di Iraq serta menyiarkan satu foto menunjukkan seorang tahanan berlumuran darah di Flickr.

Akhbar Los Angeles Times (LAT) minggu ini mendedahkan Alkhateeb sebagai pelajar yang mencipta foto Obama-Joker itu yang kini banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika.

Imej Obama itu mencetuskan banyak perdebatan di Amerika dan ada pengulas menyifatkannya sebagai 'perbuatan budaya keganasan.'

Alkhateeb, 20, dilaporkan mencipta gambar itu dalam masa lima jam menggunakan grafik kerana bosan ketika waktu rehat di sekolah.

Imej berkenaan kemudian diubah suai pihak tertentu hingga seolah-olah hiasan muka depan majalah Time dan tersebar dengan pantas sebelum pihak lain menafikannya.

Pada masa ini, gambar itu digunakan untuk menjual poster dan kemeja-T dengan perkataan 'socialism' di bawahnya serta banyak dilihat di bandar Los Angeles dan kota lain di Amerika.

Gambar Obama-Joker itu dikeluarkan daripada laman web Flickr beberapa hari lalu atas alasan hak ciptanya diragui selepas agensi berita The Associated Press menuduh pelajar itu menggunakan fotonya.

Pengkritik segera menuduh laman web itu sebagai pro-Obama kerana mereka percaya foto itu adalah satu bentuk satira yang dibenarkan undang-undang hak cipta Amerika.

"Apa yang menggusarkan saya ialah langkah Flickr itu sekali lagi membuat tapisan kepada pengguna mengkritik Obama dan dasar pentadbirannya," kata jurugambar, Thomas Hawk di laman blognya.

Seorang lagi blogger menyiarkan banyak gambar satira bekas Presiden George W Bush di Flickr, termasuk yang menggunakan logo Time.

Alkhateeb ketika mengulas berkata, beliau bukannya mahu membuat kenyataan politik, tetapi sekadar satu cubaan mengubah suai potret mengikut watak filem berkenaan.

Sambil mengakui tidak mengundi dalam pilihan raya presiden yang dimenangi Obama kerana tinggal di Illinois, dia juga berkata: "Dari segi dasar dalam negeri, saya berasa beliau melakukan apa yang baik untuk negara sekarang."

_________________________________
Foto Obama-Joker cetus kontroversi
GAMBAR Obama-Joker banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika. Perbuatan pelajar disifatkan sebagai 'budaya keganasan'

H1N1 - DR MAHATHIR Memakai Topeng Mulut dan Hidung

Kena pakai topeng
Oleh Azman Mahmood dan Syuhada Choo Abdullah
bminggu@bharian.com.my

DR MAHATHIR memakai topeng mulut dan hidung ketika melawat Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, semalam. Dr Mahathir risau rakyat tak peduli wabak H1N1

KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1).

Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu.

Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.

Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar.

Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556 kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1.

Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.

Daripada 40 kes yang dirawat di ICU, 25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3), mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Tun Dr Mahathir berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan.

"Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topeng penutup hidung dan mulut.

Katanya, kemelesetan ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.

"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang.

"Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam.

Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang mengunjungi gerai makanan di bazar Ramadan terserempak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang turut meninjau di bazar Ramadan berkenaan.

Najib melawat dan membeli kuih di gerai-gerai sepanjang bazar itu kira-kira setengah jam.
_________________________________
H1N1 Topeng Mahathir Najib Datuk Seri Bazar Ramadhan Ramadan Jalan Alang Topeng Mulut dan Hidung

Pemakanan Barat tidak sesuai untuk rakyat: Pakar

Pemakanan Barat tidak sesuai untuk rakyat: Pakar

PETALING JAYA: Industri makanan dunia telah membangunkan produk pemakanan berasaskan kepada cara pemakanan orang Barat, keadaan iklim dan gaya hidup yang tidak sesuai bagi rakyat Malaysia, menurut seorang pengamal terapi alternatif terkemuka.

Dr VM Palaniappan berkata, sebagai contoh, orang barat lebih mengesyorkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D kepada semua pengeluar makanan bagi penduduk di kawasan tropika.

"Perkara ini boleh dianggap sebagai satu bahan sindiran kerana bagi penduduk kawasan tropika mendapat vitamin D daripada sinaran cahaya matahari sepanjang tahun.

"Orang Eropah dan ternakan mereka kurang memperoleh vitamin D kerana negara mereka kurang menerima cahaya matahari," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya, pengeluar makanan tempatan tetap juga menghasilkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D seperti di dalam roti, mentega, marjerin, glukos, bijirin jagung, susu tepung, minuman coklat dan lain-lain makanan.

Dr Palaniappan yang juga bekas Prof bersekutu Botani di Universiti Malaya berkata, orang Barat juga tetap mempertahankan kandungan vitamin dan mineral lain yang perlu ada tanpa membuat sebarang kajian yang terperinci terhadap makanan yang diambil oleh penduduk di negara beriklim tropika.

Menurutnya, makanan Asia secara semulajadinya adalah seimbang dan memenuhi keperluan asas penduduk di negara tropika namun ini dikatakan sebagai tidak mencukupi bagi orang Barat yang mendakwa keperluan mereka berbeza disebabkan saiz badan yang lebih besar.

Di negara tropika, katanya, penduduk tempatan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang baik untuk keperluan kesihatan mereka tetapi orang Barat pula mengesyorkan buah-buahan seperti buah pear, epal dan limau.

Mengenai cara penyimpanan makanan, Dr Palaniappan berkata orang Asia mempunyai kaedah tradisional untuk memastikan makanan tidak rosak tidak seperti teknik orang Barat yang menggunakan kaedah pendinginan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Mengulas mengenai ubat-ubatan, beliau berkata kebanyakan daripada ubat yang dihasilkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit adalah berdasarkan bentuk badan orang Eropah dan Amerika.

"Ubat-ubatan ini boleh menjadi racun jika terlebih dos kerana secara relatifnya badan orang Asia adalah kecil," katanya. - Bernama

_________________________________
makanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat

17 August 2009

Kenali hormon testosterone dan kongsi tip meningkatkan paras hormon testosterone anda

Kenali hormon testosterone dan tips meningkatkan paras hormon testosterone
DIPETIK DARI BERITA HARIAN

# Sindrom kekurangan hormon testosterone juga dikenali sebagai andropause atau Padam (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).

# Lelaki tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

# Akibat daripada penurunan hormon ini, akan berlaku perubahan dalam badan membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

# Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel-sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan; perasaan cepat marah; mood tidak menentu; tidak dapat menumpukan perhatian; gangguan tidur; emosi; sering keletihan dan rasa tidak bertenaga; tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

# Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan saja merasakan kemerosotan kualiti hidup berpunca masalah seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan. Malah mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

# Untuk meningkatkan paras hormon testosterone, kaedah menggunakan pil paling mudah. Salah satu jenis pil boleh didapati di Malaysia dikenali sebagai testosterone undecanoate (Andriol). Pil ini perlu diambil satu atau dua kali sehari selepas makan.

# Kaedah suntikan juga dianggap mudah dan menyenangkan pesakit. Ini adalah kerana satu suntikan hanya perlu diberikan setiap tiga bulan untuk mengekalkan paras testosterone dalam badan. Ubat suntikan terbaru di pasaran ini dikenali sebagai testosterone undecanoate (Nebido).

# Kaedah penggantian hormon testosterone dalam bentuk gel yang disapu pada kulit dan juga dalam bentuk patch yang boleh ditampal pada kulit badan atau kulit kerandut buah zakar.

# Bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini boleh menimbulkan iritasi pada kulit, ruam dan tidak begitu sesuai untuk negara beriklim tropika seperti Malaysia.

# Semua ubatan ini tidak boleh dibeli secara terus di farmasi. Ini kerana produk ini adalah ubat terkawal. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan beberapa ujian perlu dibuat sebelum rawatan diberi.

# Temui pakar urologi, endokrinologi atau doktor swasta untuk berbincang mengenai rawatan meningkatkan paras hormon testosterone. Paras hormone testosterone perlu diukur untuk memastikan tahapnya.

# Ujian paras testosterone ini perlu dibuat antara jam 8 pagi hingga 11 pagi disebabkan sirkulasi hormon testorone dalam badan paling tinggi pada waktu ini.

# Selain itu, ujian darah termasuk ujian kandungan lemak, ujian fungsi hati, ujian tahap sel darah merah dan ujian darah Prostate Specific antigen perlu dibuat. Kelenjar prostate juga perlu diperiksa.

# Bagaimanapun, rawatan gantian hormon testosterone mempunyai kesan sampingan. Antaranya akan berlaku peningkatan sel darah merah dalam badan.

# Jika hormon testorone dalam badan adalah normal dan hormon testosterone gantian diberikan juga, pengecilan buah zakar akan berlaku. Ini boleh membawa kepada kemandulan.

_________________________________
hormon testosterone andropause hormon testosterone andropause hormon testosterone andropause hormon testosterone andropause hormon testosterone andropause hormon testosterone andropause

Resepi Quiche Telur Bersos Keju

Resepi Quiche Telur Bersos Keju

Bahan-bahan:


150 gram mentega – cairkan dan tapis
100 gram daun bayam – dicincang
6 biji kuning telur
2 sudu makan jus lemon.
10 keping kulit tart (rujuk resepi tart telur)
Sos telur (rujuk resepi tart telur)

Bahan inti:

200 gram daging
30 gram lobak merah
30 gram seleri
50 gram bawang besar
5 biji cendawan butang
½ cawan tomato puri
1 helai daun salam
5 sudu makan minyak masak
½ sudu makan garam


Cara penyediaan:

Untuk inti : Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, lobak merah dan seleri sehingga naik bau. Masukkan daging dan tomato puri. Setelah daging masak, masukkan daun salam dan garam. Gaul rata hingaa hampir kering.

Masukkan bayam dan sos telur ke dalam inti daging dan gaul rata. Isi kulit tart dengan campuran inti ini

Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 15 minit. Hidangkan bersama sos telur.



_________________________________
resepi makanan sarapan pagi resipi resepi enak resepi bujang resepi mudah resepi romantik resepi segera resepi cepat dimasak sedap dimakan resepi timur resepi masakan cina resepi kuih resepi orang muda resepi

16 August 2009

Resepi Kentang & Keladi Bakar

Resepi Kentang & Keladi Bakar

Bahan-bahan:

8 biji kentang

4 keladi

2 sudu makan minyak zaitun

3 ulas bawang putih - hiris

1 sudu makan Rosemary (sejenis herba Inggeris) - cincang

Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:


1. Panaskan ketuhar ke 400 F.

2. Kupas dan potong kentang dan keladi mengikut saiz kesukaan anda.

3. Satukan minyak zaitun, bawang putih,rosemary, garam dan lada sulah di dalam sbuah mangkuk besar. Masukkan potongan kentang dan keladi. Gaul hingga rata.

4. Letakkan kentang dan keladi di atas dulang pembakar.

5. Bakar selama 30-40 minit di dalam ketuhar. Balik-balikkan supaya masak dengan sekata.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.


_________________________________
resepi makanan sarapan pagi resipi resepi enak resepi bujang resepi mudah resepi romantik resepi segera resepi cepat dimasak sedap dimakan resepi timur resepi masakan cina resepi kuih resepi orang muda resepi

10 August 2009

Ingin Mimpi Basah

Ingin mimpi basah
Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

SAYA ingin bertanya bagaimana caranya untuk mendapat mimpi basah atau wet dreams?

Budak Ofis,
Kuala Lumpur.

MIMPI basah atau wet dreams adalah suatu yang tidak boleh dirancang. Ia berlaku secara spontan selepas seseorang individu mencapai usia baligh. Ia kerap berlaku kepada golongan remaja dan peringkat awal dewasa.

Selepas bermimpi basah, seseorang boleh terjaga selepas ejakulasi atau bangun keesokan harinya dalam keadaan basah akibat ejakulasi.

Punca berlaku mimpi basah masih belum dipastikan lagi. Banyak tanggapan bahawa mimpi basah berkaitan mimpi erotik atau disebabkan peningkatan jumlah air mani yang tidak dikeluarkan secara masturbasi atau hubungan jenis.

Ada korelasi antara kekerapan masturbasi dan mimpi basah. Secara umumnya lelaki yang kerap mengalami mimpi basah kurang mengamalkan masturbasi manakala lelaki yang kerap mengamalkan masturbasi kurang mendapat mimpi basah.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada kajian yang boleh memberi punca sebenar mimpi basah.

Jika saudara mengalami mimpi basah, saudara tidak perlu bimbang atau tertekan. Ia adalah sesuatu yang normal dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan memudaratkan.

Mimpi basah juga bukanlah tanda penyakit yang serius dan tidak perlu menjalani pemeriksaan atau rawatan kesihatan
_________________________________
mimpi basah masturbasi mimpi basah air mani erotik mimpi basah masturbasi mimpi basah air mani erotik mimpi basah masturbasi mimpi basah air mani erotik mimpi basah masturbasi mimpi basah air mani erotik mimpi basah masturbasi mimpi basah air mani erotik

Kesan Amalan Onani - Kelebihan dan Kebaikan Masturbasi

Kesan amalan onani mengikut dunia perubatan
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
tanyadrxy@bharian.com.my

SAYA ingin bertanya beberapa perkara yang selama ini bermain di fikiran. Apakah kita boleh mendapatkan produk yang mampu meningkatkan ketinggian diri di pasaran?

Apakah benar amalan onani boleh memberi kesan kepada ciri fizikal atau ketinggian seseorang?

Ingin Penjelasan,
Kuala Lumpur.

ONANI atau masturbasi tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap (myth) yang sering dikaitkan dengan masturbasi.

Selain itu, ada beberapa lagi salah anggap yang sering dikaitkan dengan masturbasi. Ini termasuk:

# Lelaki akan mengalami kekeringan sperma jika kerap melakukan masturbasi.

# Amalan masturbasi menyebabkan masalah fizikal seperti sakit lutut dan pinggang serta masalah mental malah boleh menjadi buta.

# Masturbasi hanya dilakukan individu yang tidak ada pasangan seksual.

# Masturbasi akan mengeringkan tenaga dari badan.

Dari segi pandangan perubatan moden, masturbasi adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas masturbasi.

Kajian menunjukkan antara 40 hingga 95% populasi mengamalkan masturbasi tanpa mengira jantina dan status perkahwinan.

Kesan dan kelebihan masturbasi:

# Memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension) - masturbasi adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV

# Suatu cara seseorang lelaki atau perempuan mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks

# Meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual

# Memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri

# Sering diguna untuk merawat masalah disfungsi seksual

# Bagi perempuan, masturbasi boleh membantu mengenali dan mencapai orgasm

# Bagi lelaki ia boleh membantu meningkatkan tempoh ejakulasi dan mengawalnya

Ramai orang tertanya-tanya soal kekerapan atau frekuensi masturbasi yang dianggap normal. Sebenarnya, ia terpulang kepada individu yang menentukan. Pakar seksual menganggap ia akan menimbulkan masalah jika seseorang mengabaikan tugas seharian, tanggungjawab dan hubungan kerana terlalu kerap melakukan masturbasi.

Dari segi masalah ketinggian yang dialami, selepas seseorang mencapai tahap baligh, tidak ada lagi peningkatan ketinggian dilihat. Ini kerana plat tumbesaran pada tulang akan berhenti berfungsi sesudah seseorang baligh.

Mengenai produk komersial di pasaran, setakat ini tidak ada lagi produk yang sudah pun terbukti dari aspek saintifik untuk meningkatkan ketinggian selepas baligh.
_________________________________
kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani kelebihan onani keburukan onani kebaikan onani

Sakit lutut sebab kerap beronani?

Sakit lutut sebab kerap beronani?
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
tanyadrxy@bharian.com.my

Soalan:
SAYA berusia 27 tahun tetapi mengapa lutut saya sering sakit? Ada rakan memberitahu saya mungkin kekurangan cecair dalam kepala lutut kerana kerap beronani. Apakah ini ada kebenarannya?

Musykil

Jawapan:
KESAKITAN lutut yang saudara alami bukanlah disebabkan onani. Ini adalah kerana onani tidak menyebabkan kekurangan cecair pada lutut. Malah ia tidak akan menimbulkan sebarang kesan sistemik yang sering diperkatakan seperti masalah kabur penglihatan, buta, kekurangan protein dalam badan, mati pucuk malah sakit mental.

Onani hanya akan memudaratkan apabila seseorang itu melakukannya hingga menjejaskan tumpuan kepada perkara lain. Bagaimanapun, kekerapan onani boleh menjejaskan kesuburan seseorang kerana jumlah sperma akan berkurangan dalam setiap pancutan air mani jika ia berlaku secara berulang-ulang.

Onani yang dilakukan dengan tergesa-gesa juga boleh menimbulkan masalah ejakulasi pra matang. Saudara juga tidak digalakkan melakukan onani kering (dry masturbation) dan juga dengan mengunakan bahan fabrik seperti kain atau bantal.

Ini adalah kerana ia bukan saja menyebabkan abrasi atau luka pada kulit zakar, malah menyebabkan zakar menjadi sensitif. Ini juga akan menimbulkan masalah kepuasan apabila saudara berumahtangga nanti kerana alat kelamin wanita adalah rongga basah.

Saya nasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedic mengenai masalah lutut saudara. Jika saudara aktif dalam sukan kemungkinan besar ia berpunca dari kecederaan ligamen atau meniscus. Kekurangan cecair pada lutut lazimnya hanya berlaku apabila seseorang itu sudah berusia.
_________________________________
onani lutut kulit zakar onani kering onani lutut kulit zakar onani kering onani lutut kulit zakar onani kering onani lutut kulit zakar onani kering

Onani: Kehilangan rasa bila bersetubuh

Kehilangan rasa bila bersetubuh
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

SAYA ingin bertanya mengenai zakar yang kehilangan rasa bila bersetubuh akibat kerap melakukan onani dengan sabun. Apakah kehilangan rasa ini boleh sembuh semula secara semula jadi?

Nell, Kota Kinabalu.

UNTUK makluman saudara, kerap melakukan onani menggunakan sabun tidak menyebabkan zakar kehilangan rasa semasa bersetubuh. Kehilangan rasa yang kekal pada zakar mungkin berpunca dari masalah saraf.

Kehilangan rasa pada zakar juga boleh terjadi kepada lelaki yang menggunakan gel pelincir yang mengandungi local anasthetics seperti lignocaine dan ini bersifat sementara saja. Setengah kondom di pasaran juga dilapisi lignocaine di bahagian dalam.

Penggunaan lignocaine ini bertujuan memberi kesan kebas pada kepala zakar dan ini akan memanjangkan masa hubungan seks sebelum ejakulasi. Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kebas ini supaya pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat.

Penggunaan sabun semasa onani boleh memberi kesan kepada zakar dalam bentuk pengeringan kulit di kepala zakar dan di sekeliling zakar. Kulit di kawasan zakar adalah sensitif.

Sesetengah sabun akan menghilangkan kelembapan semula jadi di kawasan zakar. Sabun juga boleh menyebabkan iritasi pada pembukaan urethra dan ini menyebabkan rasa pedih selepas onani.

Adalah lebih baik jika saudara menggunakan water base gel seperti KY Jelly untuk melakukan onani. Selain itu, minyak bayi juga boleh digunakan tetapi zakar perlu dibasuh selepas onani. Penggunaan petroleum base gel tidak digalakkan.
_________________________________
onani bersetubuh onani sabun zakar onani bersetubuh onani sabun zakar onani bersetubuh onani sabun zakar onani bersetubuh onani sabun zakar

Tidak mudarat tahan air mani ketika onani

Tidak mudarat tahan air mani ketika onani
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

SAYA selalu melakukan onani tetapi cenderung menahan air mani daripada keluar. Tabiat ini boleh dikatakan dilakukan hari-hari tetapi dalam seminggu, sekali atau dua kali air mani dilepaskan. Adakah perbuatan saya ini berbahaya dan boleh memberi kesan tidak baik?

Josh, Johor Bahru.

PERBUATAN menahan air mani dari keluar semasa onani tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan. Malah teknik menahan air mani dari keluar ini diajar kepada pesakit yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang.

Dari segi perubatan moden, tidak ada masalah jika saudara kerap melakukan onani dan tidak ada kesan jangka masa panjang sekiranya onani ini diamalkan walaupun setiap hari. Malah ia digalakkan kerana membantu kita mengenali bahagian atau focus erotic pada badan kita sendiri selain dapat melepaskan seseorang dari tekanan seksual.

Kemudaratan hanya akan timbul sekiranya seseorang itu mula ketagih melakukan onani dan jika individu terbabit tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkara lain seperti pembelajaran atau pekerjaan.
_________________________________
onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual onani onani air mani ejakulasi pa matang tekanan seksual

Elak homoseksual, onani cegah wabak

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang terbabit dalam kegiatan itu, tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan, yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Beliau berkata, sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata, mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak mengganggu ketahanan badan
_________________________________
onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1

Kegiatan homoseksual, onani mudah terdedah jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya sudah mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. - Bernama

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
_________________________________
onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1