23 August 2009

Pemakanan Barat tidak sesuai untuk rakyat: Pakar

Pemakanan Barat tidak sesuai untuk rakyat: Pakar

PETALING JAYA: Industri makanan dunia telah membangunkan produk pemakanan berasaskan kepada cara pemakanan orang Barat, keadaan iklim dan gaya hidup yang tidak sesuai bagi rakyat Malaysia, menurut seorang pengamal terapi alternatif terkemuka.

Dr VM Palaniappan berkata, sebagai contoh, orang barat lebih mengesyorkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D kepada semua pengeluar makanan bagi penduduk di kawasan tropika.

"Perkara ini boleh dianggap sebagai satu bahan sindiran kerana bagi penduduk kawasan tropika mendapat vitamin D daripada sinaran cahaya matahari sepanjang tahun.

"Orang Eropah dan ternakan mereka kurang memperoleh vitamin D kerana negara mereka kurang menerima cahaya matahari," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya, pengeluar makanan tempatan tetap juga menghasilkan makanan yang diperkaya dengan vitamin D seperti di dalam roti, mentega, marjerin, glukos, bijirin jagung, susu tepung, minuman coklat dan lain-lain makanan.

Dr Palaniappan yang juga bekas Prof bersekutu Botani di Universiti Malaya berkata, orang Barat juga tetap mempertahankan kandungan vitamin dan mineral lain yang perlu ada tanpa membuat sebarang kajian yang terperinci terhadap makanan yang diambil oleh penduduk di negara beriklim tropika.

Menurutnya, makanan Asia secara semulajadinya adalah seimbang dan memenuhi keperluan asas penduduk di negara tropika namun ini dikatakan sebagai tidak mencukupi bagi orang Barat yang mendakwa keperluan mereka berbeza disebabkan saiz badan yang lebih besar.

Di negara tropika, katanya, penduduk tempatan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang baik untuk keperluan kesihatan mereka tetapi orang Barat pula mengesyorkan buah-buahan seperti buah pear, epal dan limau.

Mengenai cara penyimpanan makanan, Dr Palaniappan berkata orang Asia mempunyai kaedah tradisional untuk memastikan makanan tidak rosak tidak seperti teknik orang Barat yang menggunakan kaedah pendinginan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Mengulas mengenai ubat-ubatan, beliau berkata kebanyakan daripada ubat yang dihasilkan untuk merawat pelbagai jenis penyakit adalah berdasarkan bentuk badan orang Eropah dan Amerika.

"Ubat-ubatan ini boleh menjadi racun jika terlebih dos kerana secara relatifnya badan orang Asia adalah kecil," katanya. - Bernama

_________________________________
makanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat akanan barat makanan asia ubat orang asia ubat orang barat

No comments: