25 November 2012

Google Earth & Maps Kini Dengan Imej Resolusi Tinggi

Google Earth & Maps Kini Dengan Imej Resolusi Tinggi: Semalam, kami telah melaporkan bahawa Google telah mengemaskini imej 45° yang ditawarkan melalui 2 aplikasi Pemetaan dan Perkhidmatan Lokasi utama Google iaitu Google Maps dan Google Earth. Google juga telah mengemaskini imej satelit dan imej dari udara dengan resolusi tinggi yang meliputi 164 bandar dan 108 buah negara termasuk Malaysia. Ya, termasuk Malaysia. Imej yang dipaparkan mempunyai resolusi imej yang lebih baik daripada sebelum ini.

Walau bagaimanapun, bukan semua bandar dan kawasan di Malaysia yang dikemaskini dengan imej seperti ini. Hanya bandar-bandar utama dan tempat-tempat menarik di Malaysia sahaja yang menerima pengemaskinian imej baru ini.

Untuk mencubanya, anda boleh muat turun secara percuma di laman web Google Earth (versi komputer), di Google Play (versi Android) atau di Apple Store (versi iOS). Walau bagaimanapun, buat masa ini aplikasi Google Maps hanya terdapat pada versi Android sahaja kerana aplikasi Google Maps versi iOS masih dalam pengujian terakhir dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkhidmatan Google Map yang ditawarkan oleh Google kini telah memudahkan jutaan pengguna. Dengan menggunakan aplikasi Google Maps dan Googel Earth,  para pengguna boleh meneroka dunia hanya melalui peranti pintar mereka sambil menikmati aktiviti harian tanpa terganggu. Keseronokan menggunakan aplikasi ini bertambah apabila pihak Google sekali lagi mengambil langkah proaktif dengan menaik taraf aplikasi mereka dengan memberikan imej beresolusi tinggi pada kedua-dua aplikasi tersebut.

Sumber: MyTetikus.com

No comments: