25 November 2012

Permintaan Tinggi Menyebabkan Nokia Lumia 920 Kehabisan Stok

Permintaan Tinggi Menyebabkan Nokia Lumia 920 Kehabisan Stok

Berdasarkan tinjaun ke laman web Amazon Mobile Store, didapati bahawa Nokia Lumia 920 telah kehabisan stok dan penghantaran akan mengambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu sekiranya anda berminat untuk membeli secara atas talian.

Nokia Lumia 920 kehabisan stok di Amazon Mobile Store
Jelas terbukti menunjukkan bahawa permintaan terhadap Nokia Lumia 920 yang berasaskan platform Windows Phone 8 ini sangat tinggi walaupun ada yang melaporkan peranti Windows Phone 8 bermasalah. Antara spefikasi utama Nokia Lumia 920 ialah skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi 1280×768, pemproses Qualcomm SnapDragon S4 Dual Core 1.5Ghz dan memori bersaiz 1024Mb.

Selain itu, ia disaluti dengan bahan Unibody Polycarbonate dan skrinnya pula dibina daripada Gorilla Glass 2 yang terbukti tahan calar. Ketahanan Nokia Lumia 920 ini telah terbukti melalui video “Drop Test” yang telah kami laporkan sebelum ini.

Nokia sebenarnya pemangkin kepada penggunaan Windows Phone 8, tetapi kehadiran model baru HTC 8X yang menawarkan rekabentuk yang menarik kini telah menjadi pesaing terdekat kepada model-model Nokia termasuk Nokia Lumia 920.

Sumber : TNW

Ujian Ketahanan Nokia Lumia 920 (Drop Test)
PhoneBuff telah melakukan Ujian Ketahanan Nokia Lumia 920 (Drop Test) bagi menguji keupayaan telefon dari Finland. Ujian ini dilakukan dengan menjatuhkan telefon Nokia Lumia 920 dari paras pinggul, dada dan kepala. Ia mengambil kira keadaan dunia sebenar yang mana kebiasaanya telefon jatuh dari ketiga-tiga paras tersebut.

Berdasarkan ketiga-ketiga ujian tersebut, didapati bahawa telefon Nokia Lumia 920 sememangnya tahan lasak. Skrin sesentuh berfungsi dengan baik dan hanya ada sedikit calar di bahagian tepi dan belakang telefon. Faktor utama ketahanan ini ialah bahan Unibody Polycarbonate menyaluti telefon. Selain itu, di bahagian kamera dan bebutang dihasilkan daripada seramik tahan calar. Skrin pula dibina daripada Gorillas Glass 2 yang terbukti tahan calar.

Nokia Lumia 920 telah dilancarkan pada September yang lalu dan belum lagi dipasarkan di Malaysia. Apa pendapat anda tentang ketahanan telefon Nokia berbanding jenama lain?

Sumber: PhoneBuff & MyTetikus

No comments: