25 November 2012

Apa Sebab Sebenar Peranti Windows Phone 8 Bermasalah?

Apa Sebab dan Punca Sebenar Peranti Windows Phone 8 Bermasalah?
Baru-baru ini kami ada kongsikan laporan tentang peranti Windows Phone 8 bermasalah, dan sekarang kami akan mendedahkan kemungkinan penyebab peranti tersebut bermasalah.

Peranti yang reboot secara tiba-tiba memang satu masalah yang sangat melecehkan bagi pengguna telefon pintar. Ketika anda sedang menaip e-mail dan tiba-tiba telefon anda reboot, anda pasti kecewa jika ianya berlaku..

Anda berharap ianya tidak akan berulang lagi, tetapi anda tidak dapat melakukan apa-apa. Pengguna peranti Windows Phone 8 sedang mengalami masalah itu dan ianya satu berita yang tidak menggembirakan bagi pengeluar peranti Windows Phone 8.

Forum peranti Windows Phone 8 telah menerima pelbagai rungutan daripada para pengguna tentang masalah ini. Model lain yang dihasilkan oleh pembuat lain turut mengalami masalah yang sama dan installasi perisianyang tidak dilaporkan menyumbang kepada masalah itu.

Pemasalahan tersebut mungkin disebabkan ketidakstabilan yang terdapat pada Windows Phone 8. Seperti kita tahu, Windows Phone 8 masih lagi baharu dan mungkin tidak lagi sepenuhnya di reka secara sempurna. Ianya masih memerlukan masa untuk berfungsi dengan baik dan berada pada tahap yang memuaskan. Microsoft telah lama bertapak dalam bidang ini dan mereka pasti akan menyelesaikannya seperti versi-versi Windows yang terdahulu.

Sumber : pocketnow

No comments: