06 November 2012

Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Pada masa ini kafe kopitiam semakin banyak dibuka di bandar-bandar. Dulu orang ramai sukakan Bistro yang ada lampu-lampu warna warni dan malap oren, hijau dan biru tetapi zaman boleh berubah, orang sekarang cuba kopitiam. Old Town White Coffee, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, PapaRich Kopitiam, Uncle John Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam yang kebanyakannya mengemukakan konsep kayu berwarna coklat gelap sebagai tema dekorasi kafe mereka.

Pengunjung kopitiam ini pula bukan sahaja orang bukan Islam, tetapi ada juga orang Islam. Semua kopitiam ini ada logo Halal. Ada pula yang cuma tulis "No Pork No Lard" dan ada pula yang tulis Non-Alkohol. Pekerja-pekerja di kopitiam ini pula adalah orang Islam. Kalau ikutkan pada tahun 2010 dulu, cuma ada 2 kopitiam yang ada SIJIL HALAL iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM. Kopitiam-kopitiam lain pula apa cerita?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal JAKIM.

Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.

Mungkin ramai di kalangan pembaca sudah pun terpergi dan termakan makanan yang disajikan di kopitiam yang tidak mendapat sijil halal daripada JAKIM. Apa cerita?

No comments: