Pendapatan Park Yoochun RM31 juta
USIANYA baru menjangkau 25 tahun, namun pencapaian yang dicipta Park Yoochun barangkali mengundang cemburu mereka yang turut memburu cita-cita sebagai anak seni. Park Yoochun berada dalam senarai lima selebriti muda yang meraih pendapatan lumayan mencecah RM31 juta (AS$10 juta) setahun, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai anak muda lain untuk mencipta kegemilangan sepertinya. Tidak hanya meraih populariti di negara sendiri, Yoochun menjadi kegilaan peminat di Jepun. Ledakan populariti yang diraihnya membolehkan Yoochun menerima antara RM90,000 hingga RM100,000 untuk setiap kemunculan.
Keselesaan itu tidak diperoleh Yoochun sekelip mata. Permulaan hidupnya juga berdepan kesukaran, namun dia tidak mengalah serta berserah nasib kepada takdir.
Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea pada 4 Jun 1985, keluarganya berhijrah ke Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada usianya 13 tahun.
“Mereka yang berada di keliling mengandaikan penghijrahan ke AS itu akan merubah hidup saya. Mereka menyifatkan saya sebagai seorang yang bertuah.
“Mengimbas detik itu membuatkan saya tidak ingin mengulanginya lagi. Kedudukan kewangan keluarga saya parah, mendorong saya untuk bekerja keras,” katanya.
Permulaan hidup mereka yang merentasi pelbagai kesulitan memberi impak yang besar kepada jejaka yang akrab disapa Micky dan Yuchun oleh peminatnya.
Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada 2003 apabila SM Entertainment menganjurkan satu uji bakat di AS dan Yoochun terpilih dalam sesi itu. Bersama empat ahli lain, dia menyertai TVXQ dan meraih populariti pantas hingga dilabel sebagai bintang Asia, selain raja kepada gelombang Korea.
TVXQ meraih pelbagai pengiktirafan di negara sendiri, malah Yoochun menjadi antara tulang belakang yang mengukuhkan perjalanan kumpulan itu.
Pencapaian mereka tidak hanya di Korea. Populariti pantas TVXQ menjalar di Jepun dan seminggu selepas kemunculan pertama, mereka mula menyusun pelbagai aktiviti di Negara Matahari Terbit itu.
Bakat penulisan yang dianugerahkan Tuhan mendorong Park Yoochun untuk menulis lagu, Kiss The Baby Sky yang menjadi lagu tema sebuah program berita pagi di Jepun membolehkannya menerima pendapatan lumayan.
Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Pada 2009, Yoochun berdepan krisis terbesar yang mengundang pelbagai kemungkinan ketika karier seninya sedang memuncak.
Namun, kebimbangan itu beransur pergi apabila dia diberi peluang untuk memulakan sesuatu yang baru dalam karier seninya.
Dia memilih untuk bergelar pelakon dan menerusi Sung Kyun Kwan Scandal yang dijual ke beberapa negara, royalti diterimanya mencecah RM20 juta. Ia juga diangkat sebagai drama televisyen paling digemari.
Peminatnya di Jepun memberikan respons positif terhadap drama itu, sekali gus membolehkan Yoochun menerima sejumlah bayaran menerusi penjualan DVD.
Dia menerima RM951,000 untuk setiap episod drama, manakala RM380,000 lagi diterima daripada penjualan di negara luar sekali gus meletakkan Yoochun sebagai selebriti dengan pendapatan mencecah RM63 juta.
Tidak sekadar berlakon, Yoochun yang dinobat sebagai Artis Paling Popular Asia itu juga menyanyikan lagu tema untuk drama itu yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam carta online.
Mereka juga menerbitkan album yang dijual melebihi 410,000 salinan, selain mengumpul jumlah jualan keseluruhan 780,000 salinan untuk beberapa single popular di Jepun.
Pada 2010, lebih 1.2 juta salinan album dijual yang secara tidak langsung menyumbang pendapatan lumayan kepada jejaka itu.
Pada pertengahan 2009, Yoochun bersama dua lagi anggota TVXQ, Kim Jaejoong dan Kim Junsu memfailkan saman terhadap SM Entertainment disebabkan kontrak berat sebelah.
Perbicaraan kes itu masih berjalan tetapi mahkamah membenarkan mereka untuk bergerak aktif dalam industri hiburan. Pada Oktober 2010, mereka bergabung membentuk JYJ.
Populariti yang sedia mekar itu menjadikan trio itu, terutama Yoochun sebagai rebutan pengiklan di Korea Selatan.
Sepanjang 2011, Yoochun secara individu memperoleh kontrak lumayan sebagai duta produk minuman teh jenama Tio, Nintendo Wii sempena pelancaran permainan video edisi terbaru Zelda, rangkaian pizza Black Smith dan terbaru ramen jenama Ottogi.
Bersama JYJ, Yoochun muncul dalam iklan LG Optimus Q2 dan menjadi jurucakap jenama pakaian NII, Penzal Q, rangkaian membeli belah, Lotte Duty Free dan syarikat kosmetik, Nature Republic.
PROFIL:
Nama penuh : Park Yoochun
Nama pentas : Yuchun atau Micky Yoochun
Tarikh Lahir : 4 Jun 1984
Adik Beradik : Sulung, adik lelaki bernama Park Yoohwan
Drama TV bersiri : Sungkyunkwan Scandal dan Miss Ripley
Iklan komersial: Minuman teh Tio, Black Smith Pizza, Nintendo Wii untuk edisi terbaru Zelda dan ramen Ottogi
Pencapaian Individu (Lakonan): Anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik, Anugerah Artis Pilihan Internet dan Anugerah Pasangan Pilihan di KBS Drama Awards 2010,Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular, 47th Baeksang Arts Awards (2011), Anugerah Pelakon Popular di Asia dan Pelakon Lelaki Terbaik di Seoul International Drama Awards 2011
Album bersama JYJ: The Beginning [Oktober 2010] mendapat tempahan 500,000 unit dan In Heaven [ September 2011] mendapat tempahan 300,000 unit

No comments:
Post a Comment