07 November 2011

Unlock broadband anda Lajukan Broadband Internet

Broadband Laju - Internet Pun Laju Juga

Bosan dan hampa dengan prestasi kelajuan pembekal internet broadband anda? Anda ingin bertukar pembekal internet broadband tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana broadband anda masih terkunci 'locked'. Nanti dulu! Jangan lempar broadband anda ke dinding sebab anda boleh membuka kunci broadband tersebut.


     Di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara membuka kunci broadband anda. Tutorial ini hanya untuk broadband Huawei sahaja.




Amaran: Tutorial ini adalah sebagai panduan sahaja. Risiko terhadap kerosakan broadband dan lain-lain lagi adalah di atas tanggungjawab anda sendiri. Jika anda bersetuju silakan baca lagi dan praktikkan ke atas broadband anda, jika anda tidak setuju, terima kasih kerana membaca sampai ayat ini, sila jangan teruskan. Jika anda telah praktikkan tutorial ini pada broadband Huawei anda bermakna anda telah bersetuju.



    Jangan panik, pertama anda cari kod IMEI broadband Huawei yang anda gunakan pada badan broadband anda.


    Copy & paste' URL ini pada 'adress bar' enjin carian yang anda gunakan.


http://bb5.at/huawei.php?imei=15 digit No. IMEI broadband anda.

    Tekan 'enter'.

    No kod kunci broadband Huawei anda adalah seperti dalam gambar.



unlock code
Contoh

    Masukkan sim pembekal internet broadband yang anda ingin gunakan pada broadband Huawei anda tadi.

    Masukkan kod tersebut apabila diminta.

    Jika anda telah berjaya membuka kunci 'unlock' broadband anda, kini anda bebas mengunakan perkhidmatan pembekal internet broadband yang anda ingin gunakan.


Selamat mencuba. Sekian dan terima kasih.
 

No comments: