06 November 2011

Gadis Comel Bunuh Diri - Tingkatan 4

KUALA LUMPUR: Gara-gara hubungan cintanya tidak direstui keluarga, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat nekad terjun dari tingkat sembilan sebelum ditemui mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, di sini, pagi semalam. Gadis tingkatan 4 itu membunuh diri kerana putus cinta. Mangsa bunuh diri merupakan warga India. Sudah banyak kes orang India bunuh diri kerana putus cinta atau kecewa dengan keputusan cinta.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, VT dikatakan menghempap sebuah motosikal sebelum terjatuh di atas jalan dan mayatnya ditemui terlentang dan berlumuran darah. Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di PPR Beringin, berkunjung ke rumah saudaranya di PPR Taman Wahyu di tingkat lapan, sebelum menemui teman lelakinya di sebuah rumah kosong di blok yang sama. Bagaimanapun, tindakan mangsa dikesan ibu saudaranya sebelum diugut akan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya yang dianggap memalukan keluarga.

Mangsa yang merayu supaya tidak menceritakan hubungannya itu, namun tidak dipedulikan ibu saudaranya sebelum dia nekad berlari ke tingkat sembilan lalu terjun dari aras terbabit. Berdasarkan kes ini, mangsa mungkin membunuh diri kerana takut menghadapi kenyataan bahawa ibu bapanya akan mengetahui dan kecewa dengan gejala sosial tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan anak-anak gadis sekalian janganlah berbuat sesuatu yang tidak elok kerana ini boleh mendatangkan huru-hara dalam kehidupan kamu. Ingatlah kamu semua wahai anak-anak gadis, anak remaja perempuan, jangan sesekali melakukan perbuatan yang terkutuk kerana nanti kamu juga yang susah.

No comments: