06 November 2011

Justin Bieber Dirogol - Kena Rogol Dengan Mariah?

Jika Benar Bayi Mariah Anak Kepada Justin Bieber, Maka Mariah Akan Didakwa Merogol Justin Bieber.

Justin Bieber bukan lelaki pertama. Justin Bieber mendakwa tidak pernah bertemu Mariah selama ini. 

LOS ANGELES: Wanita yang mendakwa melahirkan anak Justin Bieber dilaporkan pernah membuat tuduhan sama ke atas lelaki lain tahun lalu. Mariah Yeater, 20, didakwa mengaitkan teman lelakinya, John Terranova, menyebabkan dia hamil ketika mereka terbabit dalam pertengkaran ganas dan membawa kepada penangkapannya. Nampaknya si Mariah ini memang gila dirogol. Laman sesawang TMZ melaporkan, Mariah berpacaran dengan Terranova menjelang akhir persekolahannya dan membuat tuduhan berkenaan ketika melawat rumah lelaki terbabit di Las Vegas pada Disember tahun lalu. Memetik kenyataan nenek Terranova, Frances Lippe, cucunya itu menafikan sekeras-kerasnya menyebabkan Mariah hamil. 

“Penafian itu menyebabkan Mariah berang dan memecahkan satu daripada tingkap kereta kami,” katanya. Mariah ini nampaknya seorang pesakit mental yang ganas, eloklah Justin Bieber segera menjauhkan diri daripadanya. Berdasarkan laporan polis dibuat keluarga Terranova, Mariah juga didakwa menampar Terranova dalam tiga kejadian berasingan apabila dia dituntut membayar ganti rugi ke atas cermin kereta yang dipecahkannya. Sementara itu, sumber polis berkata, Mariah ditahan atas tuduhan menyebabkan kecederaan, tetapi dia mendakwa mabuk ketika serangan dilakukan. Menurut Frances, selepas insiden itu mereka tidak lagi tahu di mana Mariah. Pada 6 Julai lalu, Mariah melahirkan bayi lelaki di San Diego. Dia kemudian memfailkan permohonan untuk mendapat pengesahan mahkamah bahawa Justin Bieber adalah bapa kepada anaknya itu. Permohonan Mariah akan didengar pada 15 Disember itu. Justin Bieber, 17, segera menafikan dakwaan itu. 

“Saya tak pernah bertemu wanita terbabit,” katanya. Jika dakwaan Mariah itu benar, dia berdepan pula dengan tuduhan merogol kanak-kanak kerana tahun lalu, Bierber baru berusia 16 tahun. Ini akan menjadi satu berita hangat di mana Justin Bieber dirogol oleh peminat wanitanya iaitu Mariah. Kelakar sungguh. - NYDN

No comments: