15 November 2011

33 Calon SPM 2011 Kongsi Gelap!

Calon SPM antara peserta kongsi gelap. Ini calon kecil-kecil sudah mahu masuk kongsi gelap. Dia tidak tahu sama ada bahaya atau tidak masuk ini kongsi gelap. Kongsi gelap kadangkala jadi buruan polis. Mana boleh suka-suka hati masuk kongsi gelap kalau tidak ada angin berlalu, lalang tidak akan bergoyang. Adakah calon-calon SPM ini masuk sama itu kongsi gelap kerana tidak mahu goyang sama orang besar-besar? Sudah besar nanti, baru boleh masuk kongsi gelapkah? Tidak boleh masuk kongsi gelap kalau tidak mahu hidupkah?

Ini kongsi gelap punya orang muda-muda tidak elok disertai. Sudah perlu cukup umur nanti baru boleh fikir sama ada mahu join kongsi gelapkah, join PAS kah, join BN kah, join DAP atau pun HINDRAF. Mana-mana saja boleh join tapi mesti mahu cukup umur dululah.

33 orang calon SPM sudah kena tangkap. Lagi mahu tengok itu tarian-tarian tidak ada senonoh punya perempuan. Mana boleh tengok itu semua jika belum mahu kahwin lagi. Duit sudah adakah? Jika tidak ada duit, mesti mahu belajar sampai pandai cari duitlah.

Ini punya calon-calon SPM adalah harapan bangsa juga. Pasti mahu bagi harum sama negara jugalah. Jangan sesekali memberi kemaluan kepada orang-orang Malaysialah. Itu kemaluan hendaklah sendiri simpan jangan bagi orang-orang tengoklah. Apa mahu jadi calon-calon SPM esok lusa sudah mahu SPM, lagi mahu tidur dalam lokap. Sama siapa nanti mahu belajar, mahu buat study group sama orang-orang dalam lokap sajakah?

Itu polis dalam lokap mahu bagi ajar SPMkah? Semua polis sudah habis SPM, semua dapat BM bagus, lagi kelakuan pun bagus bukan memuaskan. Tengok itu surat berhenti sekolah sajalah. Semua orang apabila sudah berhenti sekolah mesti dapat itu surat berhenti sekolahlah. Itu surat nanti bagi senang mahu kerjakah? Semua mesti gunalah.

Sekarang 33 orang calon SPM sudah kena tangkap! Ini memang satu kemaluan yang besar untuk ibu bapa calon-calon tersebut. Ramai orang sudah malu. Anak-anak yang mengambil SPM sepatutnya mengulangkaji pelajaran tetapi sekarang sedang mengulangkaji di tempat yang tidak sepatutnya. Penjara bukan perpustakaanlah. Calon-calon SPM 2011 mesti semua terkejut dengan berita ini. Sudah bikin rekodlah. Tapi rekod kemaluan paling besarlah!

  
33 pelajar bakal duduki SPM, 7 wanita ditahan di sebuah resort

MANJUNG: Sekumpulan individu dipercayai dianggotai penjenayah dikesan cuba merekrut ahli baru mereka termasuk membabitkan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, menerusi penganjuran satu majlis khas di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Mereka yang dipercayai datang dari seluruh negara terutama dari Pulau Pinang dikatakan mula mendaftar masuk ke resort itu bermula jam 3 petang kelmarin bagi menghadiri majlis ‘Hari Keluarga Genki Seven Malaysia’ yang dijadualkan diadakan di resort sama, bermula jam 8 malam. Bagaimanapun, aktiviti dan perhimpunan haram itu berjaya dibanteras apabila sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak dibantu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyerbu majlis terbabit kira-kira sejam kemudian. Serbuan itu berjaya menahan 307 individu berusia 17 tahun hingga 30-an termasuk tujuh wanita dan 39 pelajar yang 33 daripadanya bakal menduduki SPM serta tiga kakitangan kerajaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ketika serbuan dijalankan, semua mereka sedang mendengar ucapan dan dipercayai dalam proses mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan.

Katanya, polis mengesyaki mereka mengadakan majlis khas itu untuk merekrut ahli kumpulan baru dan menjadikan program hari keluarga berkenaan sebagai mengaburi pandangan masyarakat serta pihak berkuasa.

"Pada serbuan pertama, kami menahan 180 individu di dalam dewan berkenaan, manakala selebihnya ditahan di beberapa lokasi selepas siasatan susulan dibuat.

“Turut dirampas kemeja-T, pelekat kenderaan dan rantai kunci berlogo sebuah pertubuhan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut. Siasatan polis mengesyaki kumpulan terbabit dipercayai mengadakan majlis mengangkat sumpah untuk sebuah kumpulan kongsi gelap," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian ke lobi resort berkenaan ketika serbuan dijalankan mendapati satu kain rentang tertera tulisan 'Hari Keluarga Genki Seven Malaysia' yang disertakan dengan logo kumpulan.

No comments: