19 September 2008

Resepi Dodol - Buat Sendiri Dodol Di Rumah

Resepi Resipi Dodol

Dodol sangat terkenal di Melaka. Penganan atau manisan yang diperbuat daripada tepung pulut (kadangkala dicampurkan dengan tepung beras) ini kini merupakan salah satu makanan komersial dan menjadi salah satu daripada identiti makanan Malaysia.

Bahan bahan:
  • 1 gantang tepung pulut,
  • 3 liter air suam,
  • 2 liter santan pekat,
  • 3 kg gula melaka,
  • 3 kg gula pasir

Cara membuatnya:
  • Bancuh tepung pulut dengasn air suam .
  • Masukkan ke dalam kuali dan masak atas api sederhana.
  • Bila mendidih masukkan santan.
  • Kacau lagi hingga mendidih.
  • Masukkan gula melaka dan gula pasir.
  • Kacau selalu supaya adunan tidak melekit.
  • Masak hingga benar benar likat.
  • Selepas sejuk, barulah dodol boleh dipotong.

No comments: