29 August 2008

Semua Tiket Bas Kena Surcaj 30 Peratus Tahun Ini

Semua Tiket Bas Kena Surcaj 30 Peratus Tahun Ini
Status Permintaan Kenaikan Tambang Bas
oleh Pengusaha-Pengusaha Bas


KUALA LUMPUR - Beberapa tahun lepas, bila tiba sahaja musim perayaan, surcaj akan dikenakan hanya untuk tiket-tiket bas tambahan. Kali ini, bermula 15 September hingga 15 Oktober tahun ini, surcaj dikenakan bukan setakat bas-bas tambahan, tetapi bas-bas yang rasmi juga.

Tahun ini juga, kadar surcaj itu dikira 30 peratus daripada harga tiket dan bukan lagi RM3 seperti tahun 2006 dan RM5 untuk tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, semua-bas henti-henti juga dikenakan surcaj tiket yang sama kecuali RapidKL.

"Surcaj ini bukan perkara baru, cuma kali ini ia dalam bentuk peratusan harga tiket.'' katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau memberi alasan kadar surcaj itu tidak ada kena mengena dengan peningkatan harga minyak kerana kenderaan awam masih menggunakan diesel subsidi RM1.43 seliter.

"Ada banyak sebab lain surcaj ini dikenakan. Pertama, laluan sehala saja contohnya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penumpang penuh, tapi laluan sebaliknya bas kosong.

"Juga ditambah dengan peningkatan kos operasi lain seperti mereka kena bayar gaji pemandu pada kadar tinggi, bayar kerja lebih masa serta pembelian alat ganti dan penyelenggaraan bas."

Tentang kenaikan tambang bas yang diminta pengusaha-pengusaha bas, Noh berkata, keputusan hanya dibuat selepas Aidilfitri.

Dipetik dan diubahsuai daripada sumber: www.kosmo.com.my


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: