Tips Atasi Cepat Pancut
Cepat pancut sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan
hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa
untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan
wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia
pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.
Cepat pancut akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada
pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut
adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat pancut.
Tips pertama: Perlahan– lahan.
Hubungan seks yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh
perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada
perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan.
Akibatnya, anda akan cepat pancut kerana terlalu ingin cepat
menghabiskan hubungan seks tersebut.
Tips kedua: Tenang
Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan
hubungan seks. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut.
Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan
tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan
seks.
Tip ketiga : Kawal pernafasan.
Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan
secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan
seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara
sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan
anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti
akan rasa tertekan dan akan alami cepat pancut.
Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati
hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset
anda bahawa seks untuk di nikmati dengan tenang.
No comments:
Post a Comment