27 August 2012

Blog Pengakuan Remaja Hilang Dara

 Pengakuan mereka-mereka yang terlanjur hilang dara

Pengakuan eksklusif tentang 'rahsia diri' bukanlah sesuatu yang semudah-mudahnya akan dilakukan oleh manusia kepada sebarangan orang. Apalagi jika 'rahsia diri' itu adalah sesuatu yang sebolehnya hendak disembunyikan kerana bakal mengaibkan diri sendiri jika 'terjatuh ke riba' pihak-pihak lain.

Tetapi ada kalanya 'rahsia diri' jika dipendam keseorangan akan menjadi umpama 'racun berbisa' yang makin disimpan rapi makin ianya merebak umpama 'kanser' yang sungguh menyakitkan jiwa dan pemikiran. Maka seseorang yang dipercayai haruslah dicari untuk 'melapangkan jiwa' daripada 'kanser-kanser' yang sungguh menyeksakan itu !

Sepanjang kira-kira 3 tahun saya menjadi pendidik kepada anak-anak Malaysia yang meningkat dewasa dicampur dengan pengalaman 4 tahun sebagai pelajar ijazah pertama di MMU, saya berpeluang menjadi 'seseorang yang dipercayai' atau mungkin 'seseorang yang diterima' oleh segelintir daripada anak-anak Malaysia yang mempunyai 'rahsia diri' yang cukup 'hebat' dan mungkin boleh dikatakan 'agak dahsyat' juga untuk difikirkan. Selain pelajar sendiri, ada juga kenalan-kenalan yang meluahkan masalah diri ('rahsia diri') tanpa dipaksa sebaliknya demi 'melapangkan jiwa' daripada rasa kekesalan yang mula timbul.


RAHSIA 1 - Hilang Dara Dirogol Teman Lelaki

Seorang pelajar perempuan telah mengaku dirogol oleh teman lelakinya sendiri tanpa disedari. Pelik bunyinya, tapi realitinya adalah nyata lagi sahih berlaku ! Beliau adalah seorang yang amat sosial dan peristiwa berlaku apabila lelaki yang dianggap sebagai kekasih itu telah memasukkan 'sesuatu' ke dalam minuman yang diminumnya ketika 'bersosial' di dalam kelab malam di ibu negara. Akibatnya? Hamil dan akhirnya 'bayi' hasil benih akibat aksi rogol kekasih sendiri itu telah 'dibunuh' dengan bantuan klinik yang dimiliki oleh doktor yang pastinya boleh dianggap sebagai 'syaitan !'

RAHSIA 2 - Hilang Dara Di Universiti

Pelajar ini mewakilkan sahabat karibnya untuk berbincang dengan saya. Terharu juga apabila saya yang dipilihnya untuk berbincang tentang hala tuju pelajarannya di universiti. Pelajar ini telah terlanjur dengan kekasih hatinya lalu 'bukti cinta sejati' itu menyebabkan si gadis mengandung tanpa disangka.

Si lelaki nyata bertanggung jawab dan menemui keluarga si gadis untuk berkahwin secara sah dan mahu anak yang dikandung itu dilahirkan dengan selamat dengan memiliki ayah dan ibu untuk membesar. Nasihat saya ketika itu ialah jangan sesekali berhenti belajar sebaliknya ambillah cuti belajar sebelum perut membesar jika mahu mengelak malu dan sambunglah semula pengajian selepas bayi dilahirkan. Beliau bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya yakin pelajar berbangsa Cina ini bahagia dengan pilihan hidupnya dan moga kesetiaan sang suami itu berlanjutan untuk selamanya.

RAHSIA 3 - Hilang Teruna

Seorang jejaka pernah membuat pengakuan ikhlas dan mengatakan bahawa hanya sayalah yang beliau ingin berkongsi kisah silamnya ketika menganjak ke usia 20 tahun. Beliau menyatakan bahawa hanya setelah 3 bulan bercinta dengan teman wanitanya beliau telah berani untuk membawa si perempuan ke rumah sewaannya. Apa yang terjadi? Tanpa diajar, lampu digelapkan dan masing-masing mula memainkan peranan. Agak lawak apabila jejaka ini mengatakan bahawa si gadislah yang tanpa disuruh telah 'pandai-pandai' membukakan pakaian si jejaka.

Segalanya selepas itu adalah sejarah bagi ke dua-dua anak muda itu yang berlarutan selama 2 tahun bak suami-isteri 'berbulan madu' tak berpenamat. Dia mengaku bahawa akan berasa 'ketagih' yang amat jika tidak dapat 'berdua secara intim' lebih daripada seminggu. Maka, pelbagai hotel dan rumah penginapan di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur menjadi destinasi kunjungan tetap mereka pada hari-hari bekerja. Alasannya? Malam-malam di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dirasakan tidak selamat kerana ada kemungkinan berlakunya pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa agama. Penuh taktikal bukan?

RAHSIA 4  - Hilang Dara Setiap Minggu

Seorang jejaka juga mengaku bahawa beliau sanggup pergi mencari kekasihnya di Cyberjaya hampir setiap minggu untuk sama-sama 'bermadu asmara.' Yang lebih menarik ialah apabila si jejaka mengatakan bahawa segala 'babak-babak hangat' mereka dilakukan di dalam bilik kekasih hatinya sendiri di sebuah pangsapuri sewaan para pelajar wanita. Apa yang lebih mengejutkan apabila beliau mengatakan bahawa wanita itu mengaku pernah terlanjur dengan kekasihnya sebelum itu yang merupakan seorang penyanyi nasyid ! Penuh pengalamanlah kononnya !

RAHSIA 5 - Hilang Dara Perangkap Internet

Seorang pelajar wanita yang kelihatan 'beragama' orangnya telah terpedaya dengan rakan 'chat' Internetnya. Pelajar wanita ini tanpa dipaksa telah terpikat hatinya kepada jejaka yang melanjutkan pengajian agama di negara Asia Barat. Wanita 'suci' yang ada pegangan agamanya itu sudah pastilah menginginkan seorang jejaka yang juga ada pegangan agamanya. Semestinya jejaka yang bakal dipanggil 'ustaz' itu diidaminya untuk dijadikan bakal suami di kemudian hari.

Apa yang memeranjatkan, pertemuan pertama antara dua manusia yang berkenalan dan berhubungan melalui kuasa Internet ini sewaktu si jejaka balik bercuti ke Malaysia telah berakhir dengan keberanian ke dua-duanya untuk menyewa bilik hotel dan terus 'terkulai' dengan henjutan nafsu. Mudah sungguh 'dara' ditamatkan ! Lebih mengecewakan, selepas 'habis madu ditoreh, sepahnya terus dibuang' dan si 'ustaz' terus tidak mahu bersua lagi dengan si wanitanya atas alasan insaf kononnya !


RAHSIA 6 - Hilang Dara Dengan Pensyarah Wanita

Seorang sahabat mengaku telah secara perlahan-lahan dipikat oleh pensyarah sendiri seawal pengajiannya di peringkat asas (pra-U). Pensyarah wanita yang jarak usianya hampir mencecah belasan tahun daripada pemuda tersebut akhirnya berjaya 'memiliki' pemuda itu setelah 3 tahun mencuba. Agak 'geli' apabila saya membaca segala rekod 'chat lucah' antara mereka di Internet. Wanita bersuami dan pastinya sudah memiliki beberapa orang anak itu tanpa rasa segan cuba menzahirkan 'kegersangannya' kepada si pemuda. Perbuatan seks ringan mereka berlanjutan selama hampir 2 tahun sebelum si pemuda cuba menjauhkan diri daripada 'wanita kemaruk darah muda' itu !

Cukuplah hanya 6 'rahsia diri' insan-insan yang pernah 'tersilap langkah' itu saya himpunkan di sini. Tiada niat untuk memalukan sesiapa tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kepada kita semua betapa nilai moral remaja masa kini semakin meruncing dan mudah sungguh terlalai dan tersimpang daripada tujuan asal untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan meraih kejayaan di universiti. Itu belum termasuk lagi 'maklumat-maklumat' risikan yang selalu saya terima mahupun dengari. Andai bukannya daripada mulut si pelakunya sendiri maka tidak eloklah untuk saya garapkan di sini. Tiada pengesahan, gosiplah namanya

No comments: