01 January 2012

Ubat Ketagihan Merokok - Ubat Berhenti Rokok

UBAT ORAL KETAGIHAN MEROKOK - KOSMO
KETAGIHAN merokok sememangnya sukar dikawal apatah lagi bagi mereka yang sudah lama terjebak dengan rokok.

MERUPAKAN bahan perubatan yang telah dikaji secara menyeluruh dan satu-satunya ubat khusus bagi membantu usaha berhenti daripada merokok.

PFIZER baru-baru ini mencipta satu revolusi terapi dua fungsi yang menghalang kesan nikotin di dalam otak. Pil berhenti merokok yang diberi nama Champix (varenicline) merupakan satu penemuan terbaru dalam perubatan oral tanpa nikotin.

Champix memiliki mekanisme tindakan unik yang membantu perokok berhenti merokok dengan memberikan dua jenis faedah.

Kelebihan Champix adalah melalui rekaannya yang unik kerana ia dicipta khusus untuk mengaktifkan hanya sebahagian daripada saraf pengesan nikotin, mengurangkan ketagihan perokok dan simptom akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Menurut Dr. Wong Kok Seng, sekiranya seorang perokok menghisap rokok semasa menerima rawatan, Champix berupaya memberi potensi untuk mengurangkan kesan kepuasan yang dirasai semasa merokok. Ini akan dapat mengurangkan kitaran ketagihan nikotin.

"Merokok menyebabkan hampir semua organ dalam badan berada dalam keadaan bahaya dan perkara ini boleh dicegah. Hal ini dapat dielakkan dengan ciptaan ubat yang inovatif daripada Pfizer yang dapat membantu perokok menjalani kehidupan yang sihat tanpa rokok," katanya.

Kajian yang dilakukan oleh Champix menunjukkan hampir empat kali ganda pesakit yang menerima rawatan terapi Champix (satu mg dua kali sehari) selama 12 minggu lebih cenderung untuk berhenti merokok berbanding mereka yang mengambil placebo yang memberikan kesan kecenderungan untuk berhenti merokok sebanyak dua kali ganda. Perbandingan ini juga dibuat terhadap mereka yang mengambil buproprion (150 mg dua kali sehari).

Dr. Wong turut menjelaskan Champix mempamerkan profil keselamatan dan penerimaan yang memberansangkan melalui kajian yang dijalankan ke atas hampir 4,000 orang perokok.

Keputusan kajian ini membuktikan bahawa Champix membawa kemajuan yang amat penting dalam kaedah pengurusan pemberhentian merokok.

Menurut Ketua Perunding dan Pakar Penagihan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil, ketagihan nikotin menyebabkan pemberhentian merokok menjadi sukar dan merupakan salah satu daripada penyebab utama kebanyakan perokok gagal dalam usaha mereka berhenti merokok.

"Apabila seorang perokok menyedut asap daripada sebatang rokok, nikotin akan menyerap masuk ke otak dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ini akan mengaktifkan laluan saraf keseronokan di bahagian otak," katanya.

Mereka yang berhenti merokok sebelum mencapai usia 50 tahun akan dapat mengurangkan risiko kematian yang berpunca daripada penyakit berkaitan rokok sebanyak separuh bagi tempoh 15 tahun yang akan datang, berbanding mereka yang terus merokok.

Perokok yang tidak terdaya untuk berhenti merokok melalui usaha mereka sendiri seharusnya mempertimbangkan rawatan dan bantuan perubatan.

Champix melambangkan komitmen Pfizer kepada konsep bekerjasama untuk dunia yang lebih sihat dengan mengaplikasikan inovasi sains bagi mempertingkatkan taraf kehidupan pesakit.

Merupakan bahan perubatan yang telah dikaji secara menyeluruh dan satu-satunya ubat khusus bagi membantu usaha berhenti daripada merokok.

Champix tanpa nikotin dan varenicline yang boleh dimakan merupakan kandungan aktif dalam Champix dengan memberi tindakan dua fungsi. Kedua-dua nikotin dan varenicline bertindak ke atas saraf pengesan nikotinik acetylcholine (nAChRs) di bahagian otak, yang dikaitkan dengan ketagihan nikotin

No comments: