29 January 2012

Ubat Berhenti Merokok Berkesan! Go Tox dan Niquitin

Niquitin, Go Tox dan Keazaman - 3 Ubat Berhenti Merokok Pilihan

Niquitin : Produk ubat baru untuk berhenti merokok

Terapi penggantian nikotin tidak mengandungi tar dan gas berbahaya seperti yg didapati dalam asap rokok.
Dengan terapi ini keinginan dan keperluan terhadap nikotin (bahan dalam rokok yg menyebabkan ketagihan) akan berkurang secara beransur2. Ia akan mengurangkan simptom2 biasa apabila seseorang itu berhenti merokok seperti ketagihan, resah & gelisah.

Beberapa kajian mengenai Niquitin:
  •     terbukti secara klinikal dalam membantu berhenti merokok
  •     menggandakan peluang berhenti merokok
  •     perlindungan 24 jam - walaupun terhadap ketagihan kuat di awal pagi
  •     melegakan ketagihan dalam beberapa minit
Produk ini sesuai digunakan oleh perokok yang benar-benar mahu berhenti merokok. Kalau ambil Niquitin tapi hati tiada kesungguhan untuk berhenti merokok, maka kadar kejayaan adalah rendah.

Apakah dos yang sesuai? Lozenge Niquitin ada 2 kekuatan iaitu 2mg dan 4mg. Penggunaan lozenge Niquitin adalah seperti berikut.

Lozenge Niquitin 4mg sesuai bagi anda yang:
  •     Jika bangun tidur waktu pagi, terus nak merokok atau kurang dari setengah jam.
  •     Merokok lebih 20 batang sehari.

Lozenge 2mg sesuai bagi anda yang:
  •     Keinginan untuk merokok terjadi selepas setengah jam bangun dari tidur.
  •     Merokok kurang dari 20 batang sehari.
Bagaimana nak guna lozenge Niquitin? Apakah sama macam gula-gula biasa? Jawapannya tak sama macam gula-gula biasa. Cara penggunaannya ialah hanya letakkan sahaja dalam mulut dan biar ia cair sendiri. Lozenge Niquitin yang berada dalam mulut perlu dialih dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Maknanya, bila guna lozenge Niquitin, katakan bermula sebelah kanan, selepas beberapa minit alih pula ke sebelah kiri mulut. Ini perlu dilakukan berterusan sampai lozenge itu cair sepenuhnya. Biasanya lozenge memakan masa 20 hingga 30 minit untuk cair keseluruhannya.

Lozenge Niquitin tak boleh dikunyah atau ditelan. Nanti tak mujarab. Semasa menggunakan lozenge Niquitin, anda tak dibenarkan makan atau minum.
Macam mana dengan dos Niquitin ni?

    Langkah 1: Ambil 1 lozenge setiap 1-2 jam untuk 6 minggu. Dicadangkan minimum 9 lozenge sehari.
    Langkah 2: Ambil 1 lozenge setiap 2-4 jam untuk minggu ke 7 hingga minggu ke 9.
    Langkah 3: Ambil 1 lozenge setiap 4-8 jam untuk minggu ke 10 hingga minggu ke 12.

Jumlah maksimum adalah 15 lozenge Niquitin sehari, tak boleh lebih!

Selepas 12 minggu, jika masih ada keinginan untuk merokok, 1 atau 2 lozenge Niquitin boleh diambil. Inipun jika dah tak tahan sangat untuk merokok.

Lozenge Niquitin tak sepatutnya digunakan melebihi 24 minggu atau 6 bulan. Ia juga tidak digalakkan bagi remaja bawah 18 tahun.

Ada kesan sampingan tak? Penggunaan lozenge Niquitin boleh menyebabkan rasa loya bagi sesetengah orang. Lain-lain kesan sampingan seperti muntah, sakit kepala, pening, sukar tidur berkemungkinan berlaku tapi jarang-jarang.


Go Tox – Remedi Berhenti Merokok – Terlaris

Go Tox remedi homeopati yang berfungsi untuk mengurangkan kesan toxic akibat dari pengambilan rokok atau alkohol..Bertindak dengan lembut dan tidak mendatangkan aggravasi didalam tempoh berhenti merokok . Aggravasi (tindak balas) seperti pening kepala, dyspepsia (gangguan pada sistem penghadaman seperti rasa pedih ulu hati, loya, muntah dan perut terasa kembung dan tidak selesa), halitosis (bau mulut yang busuk), sembelit, palpitation (degupan jantung yang tidak teratur), insomnia (kesukaran untuk tidur), tubuh menggigil, muntah-muntah dan badan menjadi lemah.


13 tips dan panduan untuk berhenti merokok

No. 1: Mengetahui kenapa anda hendak berhenti merokok
Anda ingin berhenti merokok tetapi anda tahu kenapa?Merokok tidak baik untuk kesihatan tidak cukup sebab untuk berhenti merokok.Untuk memotivasikan,anda perlukan alasan,sebab yang kukuh dan tersendiri.Mungkin salah satu sebab ialah anda ingin melindungi keluarga anda daripada menjadi perokok pasif atau secondhand smoker.Mungkin juga kanser paru-paru menakutkan anda.Atau anda ingin kelihatan dan merasa lebih muda.Pilihlah sebab yang cukup kuat untuk pilihan berhenti merokok.

No. 2: Jangan pilih cara ‘Cold Turkey’
Memang macam senang jer nak buang rokok dan beritahu yang anda berhenti merokok. tapi cara sebegini (cold turkey) bukan sesuatu yang mudah. Sesiapa yang mencuba untuk berhenti merokok tanpa terapi atau medikasi,95% akan relaspe atau kembali menjadi perokok. Penyebabnya..merokok adalah satu ketagihan. Otak sudah terbiasa bergantung dengan kehadiran nikotin. Bila tiada nikotin, akan ada simptom ‘nicotine withdarawal’ .

No. 3: Cuba Terapi Penggantian Nikotin
Bila anda berhenti merokok,’nicotine withdrawal’ atau ketiadaan nikotin menyebabkan anda merasa bengang,tertekan,tidak senang duduk ataupun cepat marah. Keinginan untuk merokok mungkin agak keterlaluan.. dan terapi penggantian nikotin boleh membantu anda mengurangkan keinginan tue.Kajian menyarankan supaya memilih gula getah nikotin,lozenges dan pelekat dalam membantu peluang untuk berhenti merokok dengan jayanya apabila menggunakan program seperti ini. Tetapi menggunakan produk dan merokok sangat tidak digalakkan.

4: Bertanya mengenai preskripsi ubat
Untuk  mengurangkan kekurangan nikotin tanpa menggunakan produk yang menggunakan nikotin maka hendaklah anda bertanya kepada doktor anda tentang preskripsi ubat. Terdapat ubat yang boleh mengurangkan keinginan dengan mengubah bahagian pada otak yang telah terjejas dengan nikotin. Perubahan ini juga menyebabkan seseorang tidak ingin untuk merokok. Ubatan lain juga boleh membantu masalah seperti tertekan dan sukar untuk menumpukan perhatian. 

No. 5: Jangan lakukannya seorang
Beritahu kawan,keluarga dan kawan sekerja yang anda ingin berhenti merokok. Sokongan mereka mungkin akan membawa perubahan. Anda juga boleh mendaftar untuk kumpulan sokongan atau bercakap dengan kaunselor. Terapi perlakuan adalah sejenis kaunseling yang membantu anda mengenal pasti dan kekal dengan strategi untuk berhenti merokok. Menggabungkan terapi perlakuan dengan terapi penggantian nikotin atau ubat-ubatan akan meningkatkan keazaman anda untuk berhenti merokok.

No. 6: menangani tekanan
Satu sebab anda merokok ialah kerana nikotin membantu anda untuk relaks. Bila anda berhenti merokok, anda perlu cara lain untuk menangani tekanan. Cuba try dapatkan urutan, mendengar muzik yang relaks, belajar yoga or tai chi..Jika boleh, elakkan situasi yang boleh memberi tekanan pada anda semasa minggu pertama anda berhenti merokok.

No. 7: Jauhi alkohol dan penyebab lain
Sesetengah aktiviti mungkin boleh menggalakkan anda untuk merokok. Alkohol adalah penyebab yang utama maka cuba kurangkan minum alkohol jika anda mula2 untuk berhenti. Jika kopi adalah penyebab, tukar kepada teh untuk minggu seterusnya. Dan jika biasanya anda merokok selepas makan, cuba sesuatu yang lain seperti gosok gigi atau makan gula-gula getah. 

No. 8: Bersihkan rumah anda
Apabila anda telah habiskan rokok terakhir anda, buang semua bekas abu rokok dan pemetik api. Basuh baju-naju yang berbau rokok dan bersihkan karpet,sofa dan lain-lain. Gunakan penyegar udara untuk menghilangkan bau rumah anda dengan bau yang lebih segar. Anda tidak perlu lihat atau bau sesuatu yang mengingatkan anda tentang rokok.

No. 9: Cuba dan cuba lagi
Sangat biasa bila terdapat relapse atau kembali kepada tabiat asal iaitu merokok. Ramai perokok cuba beberapa kali sebelum betul-betul berhenti merokok. Kaji emosi dan sebab yang membawa anda kepada relapse. Gunakan ia sebagai peluang untuk mengukuhkan sebab untuk berhenti merokok. Bila telah buat keputusan untuk mencuba semula, tandakan “tarikh berhenti” diantara bulan hadapan.

No. 10: Banyakkan bersenam
Aktiviti fizikal boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Bila anda inginkan merokok, capai kasut roda atau kasut sukan. Senaman ringkas juga boleh membantu seperti bersiar-siar dengan binatang peliharaan ataupun mencabut rumput di halaman rumah. Pembakaran kalori berlebihan akan mengurangkan risiko penambahan berat badan apabila berhenti merokok.

No. 11: Makan buahan dan sayuran
Jangan cuba untuk diet semasa berhenti merokok kerana ini akan menambahkan tekanan. Akan tetapi amalkan untuk makan buahan,sayuran dan produk rendah lemak. Kajian daripada University Duke mengatakan bahawa makanan ini akan menyebabkan rokok mempunyai rasa yang amat teruk.Ini juga membantu anda melawan keiniginan merokok.

No. 12: Pilih hadiah anda
Selain daripada faedah mendapat kesihatan yang baik, anda juga boleh menjimatkan wang. Hargai diri anda dengan membelanjakan kepada sesuatu yang anda suka dan menarik.

No. 13: Lakukan untuk kesihatan anda
Kurang merokok akan memberi faedah kesihatan serta-merta. Ia akan menurunkan tekanan darah anda dan nadi anda selepas 20 minutes. Dalam sehari, paras oksigen dan karbon monoksida dalam darah akan kembali normal dan risiko mendapat serangan penyakit jantung berkurangan. Faedah jangka masa panjang termasuklah mengurangkan risiko strok, kanser paru-paru dan lain-lain kanser..

No comments: