23 January 2012

Tentang Dhia - Episod Akhir - Kematian Dhia dan Zikir

SEGALA-GALANYA TENTANG DHIA - DRAMA TENTANG DHIA SLOT AKASIA TV3
Sinopsis

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

DRAMA TENTANG DHIA SLOT AKASIA TV3

DRAMA TENTANG DHIA
SLOT AKASIA TV3

DRAMA TENTANG DHIA DISIARKAN DI SLOT AKASIA TV3. RAMAI ORANG MAHU DOWNLOAD TENTANG DHIA SEKARANG INI. ADAKAH DI KALANGAN KAMU YANG MAHU MUAT TURUN DRAMA TENTANG DHIA INI?

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Sinopsis Drama Bersiri Tentang Dhia gantikan Drama Soffiya-Slot Akasia TV3
Nama asalnya ialah Zikir Buat Dhia, tetapi kini telah di tukar kepada Tentang Dhia. Tentang Dhia akan bersiaran bermula Rabu, 9 November 2011 pada pukul 7.00-8.00 malam, setiap Isnin-Khamis sebanyak 26 episod. Hasil  nukilan dan arahan Azlina Pa wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish, Ako Mustapa, Adyputra, Tasha Shilla, Izreen Asmida, dan Puteri Sarah.

Zikir:  Dhia.. kenapa Dhia senyum?
Dhia:  Dhia, Dhia dah tahu, siapa yang cintakan Dhia..
Zikir:  Siapa Sayang?
Dhia:  Allah..
Zikir:  Abang pun cintakan Sayang.. lebih dari segala-galanya Sayang
Dhia:  jangan cintakan Dhia lebih daripada Allah..

Cerita tentang Dhia sungguh menyedihkan. Dhia dan Zikir sama-sama meninggal dunia. Macam cerita Korea. Bila tengok VIDEO-VIDEO TENTANG DHIA DI YOUTUBE MEMANG MENYEDIHKAN JIWA RAGA.

No comments: