23 January 2012

Papa, I Love You - Filem Cinta Keluarga

Review Filem Papa I Love You

Filem Papa I Love U merupakan filem yang ke 52 keluaran MIG dan juga filem kedua Hashim Rejab . Hero filem ini ialah Zalif Sidek yang jadi watak Mat Saja, si pembuli dalam filem Bini-Biniku Gangster tu.

Sinopsis Papa I Love You:- Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

Tajuk Filem: Papa I Love You
Pengarah: Hashim Rejab
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Di pawagam: 29 Disember 2011
Pelakon Papa I Love You: Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Bob Kuman, Syanie, Zul Handyblack.

No comments: