Lutut Sakit - Sakit Lutut Orang Tua
Pengenalan Sakit Lutut
Bila umur manusia meningkat ke umur 45 tahun ke atas ramai di kalangan orang akan ke klinik swasta mengadu masalah sakit lutut. Sakit lututnya tiada kaitan dengan kecederaan semasa. Sakit lutut terjadi dengan sendiri. Ada lutut sakit yang bengkak, sakit lutut tidak boleh berjalan, sakit lutut tidak boleh memanjat tangga, lutut sakit tidak boleh bengkok sewaktu solat atau lutut sakit tidak boleh bangun dari kerusi.
Sendi lutut yang normal ialah sendi lutut yang tidak menyakitkan sepatutnya begitulah.
Apa itu Osteoarthritis - maksudnya?
Osteo maknanya tulang, arthro maknanya sendi, itis maknanya radang.
Ia sejenis penyakit lutut yang melibatkan radang sendi lutut dan tulang sekelilingnya. Ia adalah sakit lutut di kalangan orang-orang yang berumur terutama 50 tahun ke atas. Ia disebabkan oleh proses ‘guna pakai dan haus’ (wear and tear).
Apa yang terjadi pada sendi lutut yang sakit itu?
Pelapik di bahagian sendi lutut bagai tayar kereta. Pada suatu hari tayar akan haus kerana ia melalui pergerakkan yang terlalu lama. Begitu juga dengan pelapik sendi (iaitu articular cartilage dan meniscus) ia akan mengalami haus (degeneration) disebabkan oleh kegunaan yang terlalu banyak dan lama. Apatah lagi sekiranya kegunaan lutut yang tidak normal akibat kecederaan sebelumnya atau bebanan yang terpaksa lutut tanggung kerana berat badan seseorang yang berlebihan.
Punca pelapik lutut haus (degeneration) dengan cepat dan menyebabkan sakit lutut.

- Obesiti
- Kencing manis
- Kecederaan kaki yang masa lalu. Kaki yang cedera akan membuatkan fungsi kaki tidak normal seperti sebelum itu lagi. Sedikit sebanyak tekanan terhadap pelapik lutut tidak sama rata lagi. Ini seperti keadaan tayar yang cepat haus disebabkan oleh balance atau alingnment yang sudah tidak normal.
- Radang lutut yang lain seperti gout (ga=ut), rheumathoid arthritis (riu=ma=toid, at=trai=tis). Radang sendi akibat penyakit tersebut membuatkan tekanan terhadap pelapik tidak sama rata dan mengakibatkan kerosakan pada pelapik.
- Kecacatan kaki yang azali (congenital).
- Keturunan (genetic).
- Penyakit saraf.
Tanda-tanda Osteoarthritis yang merupakan punca utama sakit lutut juga.
- Sakit lutut. Terutama semasa dan selepas pergerakan.
- Terasa sakit bila ditekan di bahagian lutut yang terlibat.
- Kejang atau sendi jadi kaku. Terutama sewaktu pagi atau setelah beberapa ketika sendi tidak bergerak.
- Tidak boleh bengkok.
- Terasa atau terdegar mengersik (crepitation) bila sendi digunakan.
- Bengkak yang keras di bahagian yang terlibat disebabkan terjadinya cebisan tulang.
Apa perlu dilakukan setelah disahkan mengalami Osteoarthritis yang menyebabkan lutut sakit itu?
Rehatkan sendi lutut yang telah sakit itu. Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.
Senaman. Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.
Kurangkan berat badan. Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.
Memanaskan sendi. Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.
Ubat-ubatan. Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.
Gunakan alat bantu. Alat Bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan. Doktor atau ahli terapi okupasional ( Ocupational Therapy) mungkin mempunyai idea tentang jenis alat bantu yang sesuai untuk anda. Katalog dan kedai peralatan perubatan mungkin juga tempat untuk mencari idea.
Rawatan sakit lutut ialah dengan menggunakan
- Ubat untuk menghilangkan sakit
- Fisioterapi
- Suntikan Steroid ke dalam sendi lutut.
- Pembedahan.
No comments:
Post a Comment